Pemikiran Nabi Muhammad s.a.w yg mesti kita jiwai
AsSalamualiakum w.r.t
Syukur kita dihidupkan lagi pada hari ini iaitu satu hari Jumaat yg indah. Walaupun langit di Parit Raja , Johor nampaknya mendung dan tidak seceria semalam ..syukurlah kita masih diberikan peluang oleh Allah untuk meneruskan urusan hidup sebagai ayah, suami, guru, pensyarah, Dekan, NC, Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung dan macam-macam lagi jawatan yg menghiaskan diri seorang manusia. Jumaat ialah penghulu(ketua) sekalian hari dalam seminggu. Pada hari ini .. jika kita mengirim salawat kat baginda Rasulullah ..1 kali .. Allah balas 10 kali .. salawat kat tubuh, jasad dan roh kita agar selamat dalam dunia yg aman bahagia ini. Bagus bukan?
-
Pagi ni .. ada beberapa kerat .. sahabat-sahabat saya dikerahkan untuk berarak ke satu padang ..sempena Hari Sambutan Maulidur Rasul peringkat universiti saya yg tercinta UTHM. Saya menggunakan istilah ‘cinta’ kerana siapa lagi nak puji tempat kerja kita kalau tidak kita warga universiti UTHM. He..he..
-
Sempena perarakan Maulidur Rasul ini ..saya ingin membawa tuan/puan para pembaca yg budiman kepada satu kisah simple / senang ..iaitu selepas angkatan tentera islam mengalahkan bala tentera org org musyrikin (kafir). saya tak ingat sama ada peperangan itu dinamakan Badar/ Uhud.
Maka syok punya syok menang dalam peperangan yg besar maka .. sahabat-sahabat nabi pun berebut-rebutlah .. merampas harta dari kuda-kuda/ unta-unta si mushrikin / kafir tadi yg sudah tewas/ mati dibunuh dalam peperangan.. cuba kita bayangkan setiap kuda/ unta membawa harta sebanyak RM100,000 kerana harta zaman dahulu adalah berbentuk emas bertongkol-tongkol banyaknya .. satu kuda/unta mempunyai RM100,000 barangan berharga. Jika tentera islam berjaya menawan 1000 ekor unta/kuda ..maka matematik saya kira 100,000 * 1000 = 1 ,000,000,000 (dipanggil apa ni yek? satu bilion bukan RM).
Yes..mereka telah merampas ..1 bilion Ringgit Malaysia .. harta orang orang kafir di padang pasir dikelilingi oleh bukit bukit yg tinggi. Cuaca? panas terik dan maaf ..langit di sana bukan macam Malaysia. Mendung , gelap dan akan hujan.
Yes.. para-para sahabat cukup senang hati dgn jumlah harta rampasan tersebut. Maka ada sesetengah mereka telah pergi ke pasar .. menjualkan harta rampasan tersebut. Cukup lumayan .. hasil perniagaan tersebut maklumlah ..jual emas .. modal RM0 dan sekarang dah ada modal free RM1 bilion.
Dipendekkan cerita .. maka oleh kerana terlalu seronok berniaga tadi ..maka terserempaklah mereka dgn Nabi Besar kita Muhammad s.a.w. Maka nabi pun bertanya .."..wahai sahabat ku ..yg setia ..mengapa seronok sangat ni …?"
Maka jawaplah seorang sahabat tersebut “.. kaya dah kita Ya Rasulullahh .. kami berniaga barang rampasan dari peperangan ini ..tak sangka ,…. sangat menguntungkan ya Rasulullah.”
Ditanyakan kepada sahabat yg satu lagi . Ditanya lagi kepada semua sahabat sahabat yang telah berniaga ini … rumusannya ..semua telah hilang .. takzub ..dengan RM wang ringgit .. yg telah mereka perolehi hasil dari perniagaan yg tersangatlah lumayan.
Para pembaca yg budiman . Tahu apakah yang Nabi kita sarankan kepada sahabat-sahabat yg hilang punca tersebut tenggelam dalam RM ringgit malaysia wang ringggit .. " ..kalau lah aku .. lebih baik aku kerjakan 2 rakaat nafil solat (sembahyang sunnat) dari aku bersuka suka sangat dgn urusan berjual beli itu .. kerana untung dunia mu akan berakhir satu hari nanti sedangkan ..keuntungan akhirat dari sembahyang sunnat 2 rakaat .. balasannya ..hanya Pencipta yang Agung sahaja ..yang dapat menilaikan ..di mana keuntungan nya .. abadi abada.. untuk selama-lamanya.. “
Nah ini lah ..contoh pemikiran nabi Muhammad s.a.w. yang kita puja-puja selama-lama ini. Baginda cuba shift perasaan sahabat dari bersuka ria terlampau lampau benar kepada dunia realiti alam selepas alam kubur. Tak cukup kita berarak bersalawat nabi di majlis Bercukur rambut cucu kita yang baru di masjid yang sempit .. now kita telah beralih ke satu tempat khas - berarak pulak kita di padang universiti yang agak luas.. meraikan hari kelahiran nabi muhammad s.a.w . Jika hari kelahirannya kita raikan secara besar-besaran..mengapa tak kita meraikan sama-sama pemikiran shift / peralihan fokus yg dibawa oleh Nabi kita dari nikmat dunia sementara kepada nikmat akhirat yg kekal abadi?
Yes. Kita kena faham/ menghayati apakah bentuk pemikiran manusia yang paling disayangi oleh Allah Pencipta sekalian lama. Apa yg nabi nak bawak ialah ..muslim/muslimat/mukmin/mukminat hendaklah memikirkan kesenangan kampung akhirat di sana .. SANA …melebihi segala kesenangan dunia yang sementara ini (fana) .. Ini bukan satu benda yg senang. Tulis sedap. Cakap sedap. Mengamalkannya ..bukan sedap dan bukan senang. Betul tak?
Ayuh tuan hamba. Marilah kita mempunyai pemikiran serupa baginda. Barulah Allah sayangkan kepada kita juga pada hari yg bertuah ini - Jumaat 17 FEBRUARI 2012. Jammah dakwah tabligh yg digerakkan di seluruh dunia ..sedang berusaha bermati-matian untuk itu. Objektif: Menyelamatkan pemikiran material umat kepada pemikiran dan penghayatan akhirat yg Allah mahukan dari kita sebelum kita berjumpa dgn nya di sebuah padang yng sangat luas - Padang Masyar. Takbir! Allah hu Akbar (3x).
Walllahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/02/pemikiran-nabi-muhammad-saw-yg-mesti.html