penat jugak bukan?


Update terakhir:

Salam Bila muda, tenaga masih kuat ..semua tugasan dapat disempurnakan dengan baik. Alhamdulilah. Tetapi bila umur makin bertambah … tidak semua tugasan dapat disempurnakan dengan cepat dan cemerlang. Ini adalah lumrah alam. Bila tua mendatang, kita tidak sekuat dulu lagi. Harap majikan faham keadaan fizikal kita ini. Jika tidak, payahlah … ramai staf berumur ..mula mengambil posisi ..duduk dan lihat sahaja ..gelagat bos dengan warga mudanya. Walaupun begitu, jika ada orang muda ..bertanyakan sesuatu ..kita cukup selesa berkongsi idea, pengalaman dan .. mcm mcm lah. tetapi la ni .. warga muda ..tidak memerlukan kita lagi. Ini lumrah alam. Pernah dengar tak istilah ‘kain buruk’ yg digunakan untuk mengesat kaki anak anak yg kotor bila pulang bermain di waktu sore. Di Kelantan, kain buruk merujuk kepada wanita tua yg sudah .. beransur dilupakan orang termasuk suaminya. Aduhai .. gitulah permainan alam. Orang tua cepat .. terasa sensitivitinya. Oleh itu, adalah bijak ..jika majikan menggunakan ilmu dan pengalaman orang orang begini untuk kebaikan bersama. Jangan bila ..warga tua mula jatuh satu demi satu ..kerana kematian jantung ..baru pihak organisi sibuk nak beri pingat SPM, PJK, AMN pulak. Arwah Sudirman bergelar Datuk ..apabila dia sudah lama meninggal dunia. Tak lama lagi .ada universiti tempatan akan menganugerahkan Profesor kpd arwah P. Ramlee kerana jasa baktinya dlm dunia perfileman dan muzik di Asia khususnya. Aghhhh.. kalau lah itu aku .. rasa rasa tak beri pun tak apa … kerana ..bukan boleh guna pun pangkat darjat itu semua di alam baka. He..he… Aku lebih menghargai jika semua anugerah itu ..dikurniakan sekarang .. bukan .. esok bila jasad dimamah tanah untuk selama-lamanya. Bayangkan Nabi Adam a.s. sudah berapa lama / century .. dia di dalam alam kubur .. ada signifikan ke ..if we give him Prof Di Raja? Faedah apa bukan? Nak bawak gi shopping ke? Sekian. Hanya menulis sekadar ..mengenangkan cara .. kain buruk dilupakan orang. Wasallam. p/s: amal dgn ikhlas lillah hi taala

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/03/penat-jugak-bukan.html