pendakwah kita dari Syria
Salam
Alhamdulilah saya dapat menonton satu tazkirah dari Al ustaz Azmil Mustapha. Seronok juga ..tazkirahnya. Dia baru jer pulang dari Syria. Lama di sana. 5 tahun belajar agama, fikir agama dan belajar bahasa arab. Sy kena hurmatlah pada ustaz azmil ini. Alhamdulilah. Isteri sy pun kata ..dia ok dah. Sy tanya. Why? Jnggutnya panjang dan puteh mcm kebanyakan ulama Syria dah. Bnyk dah taubat ni.
Ada 2 perkara yg sy nak kongsikan dgn pembaca hasil dari menonton tazkirah dari internet ini. Benarkan yer?
Pertama..tuhan kita bergelar Allah sangatlah bersopan dan beralas dlm berbicara dgn kita makhluknya.
Allah gunakan istilah …jgn kita tergolong antara orang yg lalai dan rugi. Lalai dan rugi dikira lembut dah bahasa dari pencipta sekelian alam. Kita rugi jika tidak cermat menggunakan masa. Contohnya. Waktu tidur , kita patut tidur di waktu malam. Jika tidak mcm mcm penyakit akan menimpa kita kerana mlm diciptakan untuk kita berehat.
Kedua ..Allah bila terlampau murka kpd kita ..Allah gunakan istilah yg dasyat iaitu…kau org org yg kufur. Kufur samalah dgn kafir. Bila kita kufur, Allah menolak semua amalan kita. Apakah amalan kita selama ini? Umrah kita ditolak. Walaupun kita enjoy umrah 4 kali setahun pun ..amalan ini dan amalan haji kita ditolak. Amalan sedekah kita selama ini ditolak. Amalan puasa ramadhan bertahun tahun lamanya ..ditolak. sembahyang kita pun ditolak. Aduhai. Mengapa? Kita mengambil undang2 org kafir lebih mulia dari undang2 islam sebenarnya. Astaghfirullah. Kita mencemuh hukum hudud. Kita relax dgn amalan riba sedangkan riba itu haram. Kita telan sistem pendidikan barat itu dan memandangkan lebih bagus dari sistem pendidikan berkiblatkan islam. Bnyk kena hari ni oleh Al ustaz Azmil Mustapha ini. Yg paling malang ..kita kufur ..dijatuhkan kemurkaan itu oleh Allah Taala ini sendiri.
Sedih bukan? Tuhan tolak semua amalan kita selama ini. Bayangkan dik?
Contoh satu lagi. Kita tukang masak. Satu hari kita dapat pesanan catering. Buat sandwich untuk 10,000 org jam 1000 pagi esok.
Disebabkan kita ni caterer berskala low profile maka kita perlu tenaga tambahan.
Mlm tu tak tidur malam kita. Semua anak kita kerah. Potong roti. Potong bawang. Hiris timun ikut sedap mata memandang. Tangan tambahan kita kerah dia buat sardine , telur.
Tu dia berasap satu kawasan rumah ..taman perumahan.
Sembahyang subuh pun hampir hampir miss. Why? Nak sediakan 10000 keping sandwich konon kononnya.
Suami yg semput sepanjang masa pun kita kerah juga. Tercunggap cunggap pok lee semput. Bila semput , bilangan anak pun tak berapa nak ramai. Semput…
Tiba tiba ..ada org sebelah rumah busy body. Dia dtg menjenguk …
Dia terpandang ..tin sardine ..expired 2013 lagi.
Dia bisik kat kita. Yam ..sardine ni dah tak elok yam. Ok ke?
Alah .,mulut tempayan boleh ditutup. Mulut kak jah ..masakan boleh kau?
Belum sempat jam 800 pagi ..fax tiba.
Ayatnya pendek.
Dengar makanan sardine tu dah lanjut tempuh. Tak nak lah.
Tak ke gila kita caterer baru ni.
Penat mcm nak rak semua.
Tiba2 tukang tempah cancellled semua kita.
Apa kau rasa?
Begitulah …bila tuhan tak terima semua segi amalan kita.
Semua amalan tak diterima. Dari muda kita beramal dgn islam ,sampai kita mati pun ..semua tak diterimanya.
Apa nak kita respond?
So awaslah. Jgn kasi tuhan murka sehingga dia cop kita kau kafirrr.
Get lost!
Allah ..kepada siapa lg kita nak menggadu nasib di akhirat kelak.
Malang benor nasib kita. Jom kita doakan kesejahteraan Al Ustaz Azmil ini. Dikhabarkan dia tak sedar lagi dlm hospital di ibu kota 2 3 hari yg lalu. Kes jantung. Bila umur 50, 60 ke atas ..injap jantung kita selalu …kena jaga. Ramai kenalan saya padam begitu sahaja kes jantung ini. Tq Al Ustaz. Muga muga kita pakat pakat pikir ..nasib bila tuhan cop atas dahi kita masing masing …mu kafir.
Ll
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/01/pendakwah-kita-dari-syria.html