Pensyarah kanan


Update terakhir:

Salam.

Sudah lama saya tidak update apa-apa berita di dalam blog peribadi saya.

  1. Bukan apa. Sibuk sedikit minggu lepas. Musim peperiksaan di universiti sudah bermula dari 24 NOV - 4 DISEMBER 2010. So apa-apa pun fokus semua pensyarah adalah .. prestasi pelajar-pelajarnya menjawab kertas yang disediakan oleh panel fakulti.

  2. Alhamdulilah kesemua pelajar saya lulus kali ini. Maklumlah 60% kerjakursus dan 40% kertas peperiksaan. Pa pa pun mereka lulus. Saya ucapkan alhamdulilah .. Tuhan beri mereka kemampuan menjawab soalan-soalan dengan baik. Untuk makluman, saya sudah bekalkan soalan deskriptif untuk menampung kelemahan mereka menjawab soalan-soalan algebra dan kalkulus pada peperiksaan kali ini. Soalan berbunyi seperti berikut:

Beri 3 (TIGA) kelemahan koswer CDiCL bagi maksud pengajaran dan pembelajaran matematik IT Kertas 1. Berikan justifikasi ke atas jawapan anda. ( 8 markah )

Beri formula EXCEL Microsoft bagi mencari Jumlah bagi data terkandung di dalam sel-sel B4 hingga B13.

Beri formula EXCEL Microsoft bagi mencari Purata, Nilai Maksima dan Minima bagi set-set data dari sel-sel B4 hingga B13.
( 4 markah )

Begitulah cara / bentuk soalan kali ini. So .. mereka perlu cuba menjawab secara matematik tulen hanya 30% sahaja.

Markah mereka setakat ini adalah antara 42% hingga 70% sahaja. Alhamdulilah. Kira-kira luluslah itu.

Mesti pembaca hairan .. mengapa mereka tidak mencapai tahap kecemerlangan di dalam subjek matematik IT ini di mana konten kursus merangkumi algebra, kalkulus, EXCEL Microsoft, SPSS Version 16, dan Koswer Matematik Algebra untuk tempoh masa 15 minggu.

Jawapannya senang sahaja tuan. Kebanyakkan pelajar yang memasuki universiti saya ini adalah produk politeknik dan kolej komuniti KPTM sahaja. Bagi kursus Diploma Information Teknologi. Mereka adalah di dalam kumpulan yang sederhana/ lemah pencapaian matematik mereka di peringkat Sijil Politeknik lagi. dari rekod perkhidmatan saya di universiti, saya selalu mengajar graduan politeknik KPTM sahaja. Kadang-kadang saja saya diberi kepercayaan mengajar pelajar kursus BIT, MIT. Walaupun begitu saya sedikitpun tidak merasa terkilan kerana saya percaya ‘kerja mengajar subjek asas matematik hendaklah dipikul oleh orang yang paling senior pengalamannya mengajar subjek tersebut’. Insyallah bila semester II sesi 2010/2011 saya diberi peluang mengajar subjek Discrete Maths BIT tahun I kepada pelajar-pelajar seramai 200 orang. Tidak tahulah saya .. prestasi saya dan pelajar-pelajar ini. Untung sabut timbul dan untung batu tenggelam. Walaubagaiamanapun saya berjanji akan buat yang terbaik. Insyallah. Demi Agama, bangsa dan negara.

  1. Mungkin disebabkan ini kot, alhamdulilah saya dianugerahkan jawatan sebagai Pensyarah Kanan DS52 berkuatkuasa 3 JUN 2010 baru-baru ini. Alhamdulilah. Syukurlah nikmat tuhan ini. Jika saya berada di alam pendidikan politeknik-politeknik Malaysia .. jawatan tertinggi saya mungkin pada masa ini hanyalah DG48/ DH48 sahaja. Mengapa? Kerana ijazah pertama saya adalah Ijazah Sains Komputer. Tidak sehebat Ijazah Kejuruteraan/ Ijazah Perakauanan mengikut rubrik JPA/SPA/SPP/ PTD-PTD Malaysia. Oleh yang demikian, saya merasa sedikit gembiralah buat masa ini. Sekurang-kurangnya dapat tangga gaji lebih tinggi sedikit dari dunia politeknik.

Sekianlah sahaja penulisan kali ini. saya ingat hendak keluar shopping dan enjoy seorang diri di Pekan Parit Raja. Destinasi: Kedai Mamak India. Roti Canai Bawang satu mamak! He..he..

Wa llahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2010/11/pensyarah-kanan.html