Penyelia Fakulti Lawatan Industri


Update terakhir:

Salam

Hari ini saya bertugas sebagai Penyelia Fakulti di beberapa organisasi  IT yang mana terdapat 7 orang pelajar ijazah BIT saya  yang sedang menjalankan latihan industri mereka sejak bulan ogos 2011 lagi.
Mengikt surat perlantikan dari UTHM,
Fakulti memberi saya kepercayaan melihat perkembangan skill pelajar pelajar fakulti FSKTM/FTMM menjalani L-I di USM Kubang Kerian, PKINK, KESEDAR, SUK Negeri Kelantan dan beberapa buah lagi firma swasta sepanjang Ogos - Jan 2012 ini.  Sebelum bertolak dari Johor ke Kealntan , saya doakan mereka berjaya.

2)  Saya baru jer dapat laporan pertama dari MPKB.  tak bagus laporan ini . 22 muka surat laporan projek seorang pelajar degree I.T. berlatih di MPKB selama 4 bulan ini.  Tengok dari laporan nya tak seronok lah -  tak nampak pun tahap ijazah sarjana muda.  Terlalu ringkas sangat. 

Bahaya.

3)  Setahu saya .. saya adalah orang terakhir dari Fakulti yang akan memberi kata  ‘restu’ sama ada saya gembira dan berpuas hati dgn bentuk laporan yg tidak seberapa canggih dan berbau I.T ini.  Macam melepas batuk di tangga jer.  Insyallah saya akan discuss mengapa dia (pelajar itu) kena baiki semula kesemua laporan dan resubmit laporan itu dalam masa 72 jam sahaja.  Tahap kelulusan L-I  pelajar ini lulus bersyaratlah.

Mudahkan?  He..he..

4)  JIka ada orang yang sudi membelah hati saya/  Saya tidak berapa gemar anak watan kelatan menjalani L-I di negeri Kelantan.  Ada 2 sebab utama.  Pertama:  kalau SUK tu ..selalu nya pelajar-pelajar menggunakan cable pelbagai saiz bagi mereka boleh masuk bekerja L-I di sana.  Ini kelemahan orang melayu bila bercable.  lain dgn masyarakat cina.  CINA  jika L-I  mereka akan menimba ilmu I-T sebanyak mungkin dan sedalam mungkin siang dan malam.  Mereka akan mencuba barmacam-macam.  Dengan skill sedemikian mereka merupakan pencabar utama anak anak melayu IT akan berlumba2 nak mencari kerja March 2012 dan seterusnya.  Rasa rasa bolehkah ?..anak anak melayu berlawan anak anak cina yg bersunggguh sungguh menjalani LI dalam IT dalam organisasi bukan tok nenek mereka punya.  Tengok alat ukuran yang saya cuba bawa ke tengah untuk pengetahuan tuan hamba pembaca.

Sebab kedua:  saya mahukan rakyat kelantan menimba sedikit pengalaman mencari budaya kerja dari negeri luar seperti Kuala Lumpur, Ipoh atau Pulau Pinang.  Di negeri negeri ini ramai majikan adalah berbangsa cina.  Bagus bekerja dgn cina.  Mana boleh curi tulang bekerja dgn org kapiak?   Masa adalah wang bagi mereka.   SEmua benda mereka berkira. Berkira pitih siangdan malam.   Lain sangatlah ..dgn majikan melayu.    Saya khuartir .. jika tidak berjaga-jaga ..ini  Merugikan masa pelajar itu sendiri.  Tetapi tak ramai ibu bapa pelajar ini yang menyedari ini semua.  Yang penting kos rumah sewa dah dapat dikurangkan da n mereka boleh memberi makanan - masakan yg anak mereka gemari sejak kecil lagi.

So .. untuk menyelamatkan diri saya dari kemurkaan tuhan robbal alameen .. jika saya membaca rekod kerja L-I tidak berunsurkan L-I berorientasikan I.T.  insyallah saya gagalkan sahaja pelajar ini.  Senang saya jika mati kelak.  Apa kata para pembaca budiman?  Zalimkah saya ini tuan hamba?

Awas tuan hamba .. se zalim zalim saya ..saya rasa ..Firaun lak natallah lagilah zalim.  Sezalim zalim saya ..saya tidak pernah meletupkan sesiapa dgn bom racun ikan di tasik tuba, tasik cini , dan sebagainya. Rujuk Akhbar Metro dari tahun 2009 - 2011.    Saya setakat ..gagalkan mereka saja supaya pelajar saya cepat insaf , bertaubat nasuha … dan terus mengambil L-I di tempat lain dan mengcungkil bakat I.T secara lebih bersungguh-sungguh . demi untuk kebaikan agama, bangsa dan nusa.  Saya pernah fail kan pelajar Li di Pulau Pinang dan Melaka.  Sebab?  tak mencapai tahap memuaskan bagi penyelia industri/  fakulti.  Bagus bukan sikap saya yg ikhlas ini?

Maaf tuan/ maaf puan.  saya tak segaja.  yang sengaja anak tuan dan anak puan.  Bergoyang kaki sepanjang masa kerana L-I di kampung halaman mereka.  Awas!  Yang senang tak semestinya bagus dan yang susah L-I tak semetinya ..hancur sehancurnya.

Wallah hu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/12/penyelia-fakulti-lawatan-industri.html