peranan pendidikan
Salam
Pedulikan 2016 sudah berlalu. Tahun 2017 menjelma sudah. Mengapa abah?
Pendidikan itu penting.
Jika ibu bagus, dia didik kita baguslah.
Jika ibu kurang prihatin, kita pun tunggang terbalik.
Sebab itu mencari ibu kpd anak anak tu tersangatlah penting.
Jarang kita dengar berita kes kes ibu dgn didikan terbaik
Seperti
- Agama
- Tingkah laku
- Adab sopan santun
- Jimat cermat
- Masak sendiri
- Jahit sendiri
- Ajar Al quraan sendiri.
- Ajar Upsr, Pt3, Spm sendiri
- Buat kerja sendiri ( basuh pakaian, kasut sekolah)
- Tahu menghormati orang tuanya, gurunya
Mengapa?
Tak laku akhbar jika muat berita begini. Tak caya,
selidiklah muka depan akhbar melayu zaman lani
Ada tak cerita isteri orang kenamaan , suap nasi air
bila ibunya sedang sakit? Demoh tuala sejuk atas dahi ayahnya yg sedang tunggu
untuk ..pergi tak kembali lagi? Ada?
Ye ker?
Perkara ini terjadi kerana
ramai kita sibuk. Menteri sibuk, Mufti sibuk, kontraktor sibuk, guru sibuk hatta penggali kubur pun sibukkkk
ramai bekerja
dari orang tua ke orang baru khwin ramai yg sibuk
mencari pendapatan
kalau hadhir program bagus bagus pun,
badan kita jer ada di situ tetapi fikiran kita melayang layang memikir benda lain contoh nak cari ikan, nak buat apa suami baru pulang dari hutan rimba siap dengan senjata..
- dalam akhbar, tv dan media sosial
banyak ruang diberikan kpd
dunia fotografi
model cantik cantik belaka
model pakai mahal mahal belaka
model melayu pakai kasut tumit tinggi 20 cm tinggi. Tak sakit mu?
dunia peniagaan
ada jual sabun,
ada jual dedak ayam,
ada jual emas
pokok pangkalnya ..majoriti nak jadi kaya.
cina jual gila gila
india jual gila gila
melayu jual rata riti
bila ini berlaku
pendidikan asas di rumah kurang mendapat tempat
dlm masyarakat.
Tengok sahaja di taman taman perumahan seluruh negara.
ibu bapa berkejar kejar menghantar baby ke nursery,
ada anak anak sibuk menghantar ayah ke pusat dylisis
Keputusan
ramai anak remaja berumur 12 hingga 27 tahun…tercicir
dlm bnyk perkara melibatkan agama, moral,
fikir, adab sopan dan susila.
- jika ceti hindu di Slim River tak faham benda ini
ok jugak kot
tetapi jika orang masjid di Kota Bharu buat buat tak faham
perkara ini
tunggulah ..
apa yg rakyat asing sedang melalui saat getir di
rohingya,
bosnia,
pelestin,
dan bnyk lagi di luar sana. Semua azab ditonton kpd kita secara langsung untuk kita lihat dan fikir dgn cermat. Buatlah teladan.
Allah tunjuk kpd kita ..bila satu kaum lupa perintah Allah
maka musuh islam akan menyerang kita habis habisan.
Ayuh bertaubatlah
buatlah sesuatu
anak kita aset terbaik kita.
dunia dan akhirat.
Oleh itu carilah wanita terbaik untuk dijadikan isteri dan ibu kpd anak2 kita. Tak rugi punya.
Dalam kitab fadhail sedeqah
isteri terbaik adalah aset paling termahal di sisi Allah. Jgn pilih sebarangan di stesyen bas, stesyen KTM, megamall, stadium futsal, kolam pancing, FB
darinya
datang anak2 yg akan mendoakan kita,
sejuk mata memandang gerak geri anak anak kita
Bila sejuk hati..umur kita pun panjang.
jika tidak ..waktu mati .. pakaian jer mahal, barang kemas 5 kilogram berat kiri dan kanan, tetapi mata terbeliak tak puas-puas hatilah tuu.
Pada waktu itu kita menyesal mcm mcm pun sudah tidak berguna lagi.
Astaghfirullah.
Ayuh bangsaku. Jgn mudah tertipu. Dunia ini sementara.
Akhiratlah yg kekal abadi.
Sohih?
wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/12/peranan-pendidikan.html