Perangai


Update terakhir:

Salam

Dalam negeri Kelantan, orang tua selalu sebut istilah “perangai”. Apakah maksudnya?

Contoh contoh perangai ialah:

  1.  suko ambik barang orang tanpa izin

  2. suko mengumpat

  3. suko tengok keburukan orang lain

  4. musim orang sibuk ..kenduri ..muko nya tak nampak nampak ..tetapi time makan nasi minyak ..adalah muko dio tu …PERANGAI?

  5. barang orang , barang dio ..barang dio ..barang dio lah .. kedekut bangGAR

  6.  kedekut serba serbi termasuk …tenaga ..peluh keringat dio ..

  7. hisap roko merata rata tempat ..pengotor ..a u zubilllah ..

  8. suko merajuk .. kalau dia attack orang ..tak apa ..tetapi kalau ada org tegur dio ..mula lah muko dio tu ..muchung macam babi ..(perangai )

  9. hutang ..payah nak bayar ..

  10.  benda orang semua dio nak try /pinjam/ makan/ test dulu tetapi barang dio .. 1999 kali NO, NO, NO

  11. suka mengata gata mengenai anak anak dara orang ..seperti minah tu ..pakai seluar ketat terlampau lampau sangat dan bra warna merah terang terangan ..sedangkan dio tak sedar ..anak dara nya apa kurangnya..

  12. time kita call nak mintak pertolongan sedikit sebanyak ..dia tak pernah angkat hand phone dio ..  tetapi jika giliran dio berhadapan dengan satu emergency ..  dia akan maki hamun kita ..jika kita  gagal melayani panggilan dio .. (gilor kan?)

  13. hishhhh… banyak lagi

Malas nak tulis lah.  Itu baru perangai sesetengah penghuni di Kelantan Serambi Mekah ..belum lagi manusia manusia di Ampang Serambi Sheikh Kebabbbbb.  Perangai ini sebenarnyor patut ditegur ..tetapi mengikut kelaziman ..kita berakhir dengan satu pergaduhan, perbalahan dan bermasam muka dari saat teguran dibuat hinggalah dio nok mati.  Begitulah dengan sub-topik ‘perangai’ ini.  Apa leh buat bukan?

Sempena bulan puasa ini .. saya ingat kan diri saya  terlebih dahulu jauhi lah perangai seperti di atas. Belajar hidup bersosial/ bermasyarakat  ..dan berlebih kuranglah dengan jiran jiran tetangga yg lain.  Ini bagus diperhatikan ..jika kita ada anak perempuan / dara yg ramai.  Satu hari nanti ..sudah tentu kita memerlukan tenaga ahli masyarakat sekampung kito jugok.

Sekian.
Jangan marah pada saya.  Kita ingat mengingat sesama kita. Tak kan buaya dan harimau nak pesan berpesan sesama kita pulak?  He..he..he..

Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/06/perangai.html