performa puasa 6
Salam
Allah Taala melihat hati kita setiap masa.
Dalam satu kuliah agama, dikhabarkan malaikat mari jenguk manusia 70 kali sehari semalam.
kalau bertahajud syukurlah.
kalau sedang print draft 1 tesis phd ..baguslah
kalau sedang menolong ibu yg sedang terlantar sakit tua ..untunglah you.
jgn sedang explore benda bukan bukan sudahlah. Bahaya.
Kadang kadang niat seseorang lebih cantik dari amalan itu sendiri.
Saya pasti semua kita berniat sedikit sebanyak untuk melaksanakan ibadat puasa 6 ini.
Fadhilat
Puasa 6 hari dalam bulan syawal, dianggap kalian sudah berpuasa sepanjang tahun.
Pahala Puasa ..Allah sendiri tentukan. Ada sebesar bukit
ada sebesar dunia
ada sebesar universe
dan macam macam lagi saiz. Ikut Allah lah. Allah tentukan.
Allahu akbar.
- Sudah 20 hari kita berada dlm bulan syawal bagi tahun 1437 Hijrah.
Saya baru 2 hari berpuasa.
(Ketawa)
Istrri saya sudah lama selesai. Beruntung sakan lah dia.
Mengapa begitu?
saya
2.1 tak cukup taufiq hidayah
2.2 malas di mana status kemalasan itu tersangatlah tinggi dan cukup bermaharajalela sang nafsu ini
2.3 tak mau miss makan berseronok seronok
Dengan rakan rakan sepejabat, sejabatan,sekampung dan seterusnya
2.4 entahlah ..ya Robb.
Mengikut hukum matematik
20 hari , baru puasa 2 hari.
Maka 30 hari, paling bagus dlam sekitar 3 hari sahajalah tu.
Alhamdulilah. Sekurang kurangnya
Penulis ini mencuba juga sedikit sebanyak. Kalian bagaimana? Puasa tau?
Merujuk kepada penulisan di awal awal ini
6 hari puasa ..Allah kira kita sudah berpuasa sepanjang tahun
Maka
3 hari puasa syawal, kira kiralah …separuh tahun 2016 saya telah berpuasa. Bayangkan 6 bulan saya sudah berpuasa.
Ada orang itu
tak makan 3 hari ..sudah sibuk dia..
ini penulis dah puasa 4 bulan .. tak bising bising pun .. see?
Subhanallah.
Syukurlah.
Dalam keadaan malas pun,
Harap harap tuhan pandang aku
Ini sudah berpuasa setengah tahun.
Alhamdulilah.
Rasa rasa hari ketiga itu
Boleh saya capai insya allah
Bila berpuasa esok pada hari Ahad.
Insya allah.
- Isnin?
Cannot.
Selasa?
Tak leh jugak.
Mengapa?
Ada kursus MTCP malaysian technical cooperation program.
Mesti makan sedap ni.
Peserta kursus dari luar negara.
Organisasi saya ..mengikut rekod
Selalu menyediakan makanan yg best best.
Lagi pun sy selaku fasilitator
Tak kanlah..
Tak nak makan sama sama dgn tetamu luar negara?
Sure makan punya.
Sekarang ramai staf dari golongan wanita.
mereka memerlukan staf lelaki untuk
melayan tetamu luar negeri.
Di sinilah ..rezeki saya.
he..he..he..
Alhamdulilah.
ada chance makan ikan tenggiri,
udang besar besar,
Kari ikan stail masakan mamak bikin dari jelutong atau lineclear downtown penang
nasi beriani ada kacang dan kismiss sikit sikit
sayur
acar timun, carrot,cuka, masam semua ada..
limau sunkist.
air?
kopi kau kau atau air sirap merah pekat.
Minggu hadapan how?
hujung minggu?
cannot ..saudara buat kenduri kawin anaknya
ahad depan? Cannot.
reunion ..geng sekolah lama lama.
rindu kat depa lah.. sudah lama tak jumpa geng sekelas, seangkatan, satu batch
lagipun buat kat Shah Alam. Driving jauh jauh.
kena makan punya.
minum itu penting.
Begitulah dugaan yg saya hadapi
dlm skop kerja saya setiap hari
mencari rezeki sesuap nasi untuk anak isteri.
Tuhan marah ke?
saya setakat makan
melayan tetamu sahaja.
ingat tu.
saya tak kacau anak perempuan orang
saya tak maulah …itu ini hak orang
selalu teringat
kapak bungkus
stail kelantan (pesanan arwah atuk aku)
sekali kena
sure terburai kepala si jantan.
lainlah dgn isteriku di rumah
- untung jadi isteriku
dia kuat mengaji Al Quraan dalam bilik
suri rumah sejuk umur 21 tahun lagi
kalau dia mengambil keputusan untuk berpuasa
line cukup clear
suami tak ada dari jam 8 pagi hingga 6 petang
tak ada mesyuarat mingguan
tak ada birthday party
tak ada kursus itu ini
tak perlu layan orang orang luar
so
line cukup clear.
langit biru semua clear
lautan biru ikan ikan semua berdoa ..ampunkanlah si dia
antara dia dgn tuhan jer
aku?
payah ya Allah.
hati kawan kawan kena jaga
hati big boss kena jaga
imej organisasi kena jaga
akhir akhirnya
amalan sunat, amalan agama yg suci
terbengkalai begitu sahaja
setiap tahun.
aku makhluk biasa. Semua tak sempurna. Cuba cuba jer ..nak ikut sunnah nabi ..dlm keadaan dunia penuh hasad dan fasad ( dunia fitnah, kacau bilau, sunnah nabi dipermain mainkan orang)
Ampunkanlah saya ya Robb (10 kali).
Apa boleh cheq buat? Makanan dah ada..jom makanlah.
Sekian.
wasallam.
p/s
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda
setiap kamu adalah penggembala,
dan setiap kamu itu
akan ditanya mengenai tanggung jawaban yang digembalanya.
Tafsir ‘uyun.
kitab durratun nasihin mutiara muballigh. Usman alkhaibawi. 1987.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/07/performa-puasa-6.html