Perkataan 'hati'
Salam.
Dalam bahasa melayu terdapat satu perkataan dipanggil hati.
Sebenarnya hati adalah organ terpenting dalam tubuh manusia dan haiwan. Tanpa hati, manusia akan jatuh mati dan innalilllah hi ro jiuun.
Orang orang melayu pada satu masa dahulu telah berjaya menciptakan banyak istilah berasalnya dari perkataan hati.
contoh buah hati bermakna kekasih seseorang. JAGA hati merujuk kepada satu sifat manusia bermasyarakat agar kita tidak mengguriskan perasaan orang lain disebabkan mulut kita. Ada bidalan melayu mengatakan ‘..terlajak perahu boleh undur, terlajak kata ..buruk padahnya’. Ini mungkin merujuk kepada sisuami melafazkan ‘talak 3’ kepada isterinya.
Kadang-kadang orang melayu diajar bersifat berpura-pura. Ini adalah kerana orang-orang kita ingin sangat menjaga hati orang lain. Dengan cara ini masyarakat melayu dapat hidup berbaik baik antara satu sama lain dalam jangka waktu yang lama.
Kecut hati bermakna penakut. Pada satu masa dahulu, orang melayu adalah peneroka kawasan hutan belantara. Untuk membangunkan kawasan tersebut kerajaan menawarkan berbagai bagai janji manis untuk mereka yg kecut hati dan kecut perut ini. Caranya adalah menawarkan 10 hektar tanah dara ini untuk setiap peneroka. Lantaran itu orang hatinya kecut tiba tiba bertukar berani dan sekarang peneroka di kawasan Felda sudah menjadi jutawan.
Susah hati bermakna seseorang mengalami sedikit masalah dalam keluarganya. Contoh En Kareem susah hati memikirkan anak anak daranya yang sudah banyak umur. Beliau takut jika anak daranya tidak khawin, harta hartanya tidak dapat diwarisi oleh cucu cucunya yang lain. En Kareem mempunyai tanah sawit ratusan ekar. Hayati dan Haryani belum khawin-khawin lagi. Nak cakap fesyen semua pakaian yang termoden penuh sudah almari di rumah tetapi jejaka idaman tak kunjung kunjung datang. Ini menyebabkan En kareem susah hati dan makan hati.
Satu lagi perkataan ialah berhati-hati. Orang lelaki takut dengan Encik Kareem kerana bila bercakap dia suka meninggi-ninggikan diri. Mana ada jantan yg berani mendekati anaknya Hayati dan Haryani itu.
Sedangkan suka hati adalah menggambarkan keadaan emosi seseorang bila mendapat hadiah, kenaikan pangkat, bisnes menguntungkan dan tiba-tiba Bengali putih datang masuk meminang anak anak daranya dan macam macam lagi. Sebenarnya Habib Jaweed (Pakistan maghi) dah lama ada hati (berkenan) dengan anak anak orang kaya ini. Ha..ha..
Hati busuk adalah satu penyakit moden. Orang zaman sekarang mengelarķan jealous, dengki, cemburu dan sedikit ada sakit hati bila melihat orang lain beruntung darinya. Contoh anak anak jiran semua dah kahwin walaupun rambut mereka DNA berjenis kerinting ala bulu biri biri Merino , New Zealand. Dia tak faham bahawa belakang rambut kerinting, banyak rezeki.
Tawar hati bermakna merajuk. Selalu orang melayu tawar hati hendak memulakan projek kerana YB YB UMNO dahulu berjanji macam macam tetapi selepas menang pilihanraya, janji janji manis dilupakan mereka. KONtraktor melayu trengganu pun tawar hati hendak membangunkan projek raksasa lain bila akhbar harian selalu melapurkan berita sensasi seperti masjid runtuh dan stadium terengganu runtuh lagi. Aduhai gelinya hati.
“Ambik hati” mengambarkan cara kita bergaul dan berbicara dengan mertua kita yang kaya raya. Silap silap hari bulan , banyak tanah sawit mereka , kita pula tuan punyanya. Mengapa? Kita pandai ambik hati (menjaga hati) mertua kita sejak kita melangkah masuk ke dalam rumah banglo mertua itulah. Bukankah ini nasib namanya? Tak payah menggaji tinggi tinggi sampai Finland dan Sweden. Belajarlah memasak ikan patin cili padi perasa tempoyak makanan kegemaran mertua kita itu dan belajarlah berbicara dengan mertua kaya tetapi selalu sahaja jatuh sakit memanjang lamanya. Anak anaknya yang lain terlalu sibuk nak bertanyakan khabar. Baguslah begitu. Biar orang lain menjaga ibu bapa kita seorang.
Rusak hati ialah penyakit kronik atau dalam bahasa hospital pakar dinamakan ‘hipatitis B’/ bengkak hati. Hati seseorang itu membekak. Matanya dan kulitnya semua berwarna kuning pucat. Perut semakin membesar dan .. hishh takutlah nak tulis panjang panjang pasal rusak hati ini. Mengikut pakar penyakit kronik , rusak hati adalah akibat tabiat menghisap rokok sejak bertahun tahun lamanya. Oleh itu kalau tak mahu isteri tuan hamba guru siswazah DG48 bernikah dengan orang bengali putih .. berhentikan merokok tuan hamba secepat mungkin. Tak kasihan kau isteri tercinta?
Suara hati? ini adalah bisikan / perasaan orang ke atas peristiwa yg sedang berlaku di depan matanya. kalau dunia indah , maka suara hati pun sama sama menyatakan feeling dunia itu indah tetapi jika di dunia ini banyak fitnah seprti fitnah pangkat dan darjat, muram durjana .. maka tulisan seseorang terjerumus ke arah itulah. Kita adalah manusia. Hati manusia kecil saiznya tetapi ..jika dipanggil tukang selam untuk menyelami hati seseorang ..silap silap .. dia akan mati kehabissan oxygen kerana kedalaman perasaan hati yg berbagai bagai dimensi melebihi ke dalaman lautan pasifik dan india kedua-duanya sekali. Orang beriman berpaksi tuhan dan agama sedangkan orang hipokrit … dimensinya jauh menuju ke lubang neraka di mana bahan bahan apinya terdiri dari manusia dan batu bata tuhan robbbal alameen. Aduh .. sakit tak terperi dasyatnya.
Cukuplah setakat ini dahulu. Insya allah di lain waktu kita akan bertemu lagi. Oleh itu bersihkan hati kalian dengan membaca Al Fatihah dan Wal Asri.
Wallahu aklam bis sawabbbb.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/09/perkataan-hati.html