Persepsi orang ramai dari masyarakat kita


Update terakhir:

Salam

Dalam kehidupan kita bermasyarakat, terdapat beberapa persepsi (pandangan) yang sedang aktif digunapakai oleh orang-orang melayu kelantan pada zaman moden ini iaitu jika kita :

a) berkhawin dengan ustaz/uztazah - secara otomatik , darjat kesolehan (kebaikan) seseorang adalah terjamin iaitu dengan amalan-amalan agama dan pekerjaan dunianya. KIta tidak terlibat dalam segala bentuk maksiat terang-terangan atau aktiviti yg tidak membawa apa-apa berfaedah (berlaga ayam sambung, bertanding suara burung , bermain gasing besar 2 - 3 hari lamanya, main wau pada musim padi menuai dan lain-lain)

b) berkhawin dengan kerabat - kerabat orang orang kaya - secara otomatik , darjat dan pandangan orang ramai ialah kita akan hidup senang di dunia yang sementara ini. Walaupun pendidikan kita tidak seberapa , kita mampu menjalankan tugasan sebagai Pengurus CEO dan sebagai-nya kerana ..kita datang dari kerabat orang orang kaya. Ini yang menjadi impian ramai insan bergelar graduan. Titik permulaan untuk berniaga sudah jauh kehadapan jika dibandingkan dengan kawan-kawannya yg lain

c) bila ibu adalah tukang masak popular untuk majlis kenduri kendara maka skil kemahiran memasak akan jatuh kepada anak-anak perempuan nya pula ataupun kepada anak-anak menantunya pula. Kita semua maklum bahawa bisnes catering sangat lumayan di waktu ini. Rmai katerer berebut-rebut mendapat kontrak menyediakan masakan untuk majlis khawin dan sebagainya. Jika satu majlis khawin membawa keuntungan kpd seorang katerer sebanyak RM2000 bersih bayangkan jumlah wang kepada seorang katerer yang mampu menyediakan makanan untuk 10 majlis perkhawinan sebulan. YES . Jumlah pendapatannya ialah mencicah RM20,000 sebulan. Ini sudah menyamai gaji + elaun profesor.

d) bila ayah, ibu, abang dan kakak datang dari warga Polis iaitu PDRM maka nak-anak seterusnya akan bekerja sebagai polis juga. Begitu juga jika ramai ahli keluarga adalah terdiri dari guru,askar maka anak anak seterusnya adalah guru dan askar jugak tetapi
dalam sebuah lagu kumpulan Raihan (2007 - 2010).. iman tidak boleh diwarisi.

e) Jika tok nenek kita dan ibu ayah kita adalah terdiri dari orang orang yg warak dgn agama islam , adakah kita secara otomatik akan bersifat sedemikian iaitu sama-sama warakk (baik yg melampau-lampau , pijak semut tidak akan mati punya)?

tengoklah ayat di atas dari **kumpulan nasyid Raihan “iman tidak boleh diwarisi'.**KIta mesti berusaha keras untuk maksud keagamaan.

Begitu juga jika semua emak, ayah dan abang kakak semuanya dari kumpulan jururawat , sister dan doktor ..adakah kita secara otomatik ..akan menjawat jawatan sedemikian bagus seperti seorang DOKTOR pakar juga? Tidak perlukah kita membuat berbagai-bagai pengurbanan masa, wang ringgit, tenaga kudrat fizikal mahupun mental belajar dari rumah hingga ke peringkat universiti dalam dan luar negara untuk mencari ilmu kejururawatan/ perubatan tersebut?

Mengapakah persepsi masyarakat kita susah sangat hendak berubah?

Saya rasa saya serahkan tuan/puan pembaca budiman lah untuk menjawapnya.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/03/persepsi-orang-ramai-dari-masyarakat.html