PISA simposium


Update terakhir:

Salam

Syukur dah berakhir simposium PISA 2012 ini.  Seronok mendengar berita dari Vietnam, Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Mcm mcm dapatan memgapa pelajar tidak secemerlang mcm budak Singapura dan Shanghai China.

May be this is true:

  1.  Singapura belanja wang yg banyak untuk pendidikannya.  Populasinya 4 juta org.

  2.  Malaysia tidak cemerlang kerana ..  populasi kita 30 juta / 3 bangsa tinggal sama-sama dgn bahasa ibunda sendiri.  Kita belanja besar juga untuk pendidikan tetapi secara purata RM per pelajar ..kita masih jauh rendah dibandingkan dgn Singapura.

  3.  Thailand dibenarkan menggunakan bahasa thai dlm ujian PISA tetapi Malaysia ikut arahan / kehendak sekolah.  Di urban Malaysia , bnyk sekolah mahu menggunakan BI .. tetapi mengikut Dr Md Zaini (EPRD) ..ramai pelajar kita tidak menjawab soalan soalan yg diberi dlm kertas soalan. So mcm mana nak dpt markah tinggi PISA bila ramai anak anak kita tak jawab pun.  Mungkin mereka sibuk fikiir nak beraya cari tiket bas ke kampung dan balik ke sekolah semula, berkelah, berkenduri sana sini, meratip arwah saudara mara tercinta  dan mcm mcm.  Boleh jadi kita tidak sefokus Vietnam.

  4.  Budak Vietnam belajar secara dipaksa ..dari pagi sampai malam 100 mlm setiap hari.  mcm mcm lagi lah .. mereka kena buat maklumlah ..mereka org miskin.  Org miskin mesti kerja kuat mcm kita dahulu tahun  1950 - 1970.  Bila kita dah maju ..  kita manjakan anak-anak.  Semua kehendak anak kita buat ..alhamduillah ..  jika cikgu rotan anak kita now // kita serang cikgu.  Kasihan cikgu ..dah lah kereta nya KELISA sahaja ..  mak bapak sanggup pukul cikgu.  Tak patut tak patut.  Ramai anak anak kita (pelajar Malaysia) manja.  Belajar tak lama . Buku kurang dibaca.  Readiing score Malaysia dgn org org Vietnam ..malu lah kita.  Kita tak baca buku betul betul .. kita baca benda lain jer.  He..he..

Sekian.  Laporan ringkas dari saya.  Draft pertama.

Wallahu aklamm ..  n Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/10/pisa-simposium.html