Post Budget 2013


Update terakhir:

Assalamualaikum/  Selamat Sejahtara

Alhamdulilah .. kita warga pensyarah universiti/ guru / pensyarah politeknik/ pensyarah kolej komuniti ..  dianugerahkan lagi dan lagi hadiah berupa wang / bonus .. untuk terus mendidik anak bangsa di tanah air ini. Majoriti kita adalah berketerunan melayu.

Syukurlah.  Diberikan lagi 1 bulan bonus dan RM500 juta untuk melatih warga guru .. lebih efektif, motiivasi dan komitted .. dalam tugas kita seharian.

Syukurlah..  jika pilihan raya .. tahun hadapan .. 2013 ..   melebehi bulan March .. mungkin kita dapat lagi dan lagi durian runtuh ini dari pihak kerajaan.

Walaupun begitu , saya terpanggil menulis ..  sedikit sebanyak .. bagaimana nasib hidup orang-orang kampung bila kos hidup makin hari makin tinggi.  Selalunya tuhan ini ada formula tersendiri .. bila kita miskin dan semakin susah  ..makin senang kita  dapat cahaya mata cahaya mata saban tahun sedangkan formula dengan orang berada (kaya) .. payah pulak orang kaya nak dapat anak walaupun dah banyak kali mengunjungi pakar ‘subur’ itu dan ini.  Allah Akbar!

Bila kos tinggi, susahlah sedikit pelajar-pelajar dari kampung hendak bertanding dengan pelajar-pelajar bandar.  Dah lah .. pelajar bandar mempunyai internet dan bermacam-macam lagi kemudahan .. kualiti guru di bandar jauh lebih canggih kerana ..kadang-kadang guru-guru ini adalah isteri orang-orang kenamaan.  Di luar bandar , mana ada isteri orang kenamaan yg hendak menabur budi.  Mungkin ada 1 atau 2 orang dari 10000 orang guru.   Bila sebut orang kenamaan .. ada banyak cable ..  nak guna khidmat itu dan ini (motivasi, program pecut cemerlang SPM/STPM) dan sebagainya.  Pendek kata , anak anak orang kampung , ceruk Ulu Kelantan, Ulu Kedah dan Ulu Selangor .. akan terus ketinggalan dalam banyak bidang.  Bila kos hidup tinggi, payah ..mak ayah nak sediakan buku buku pelajaran, makanan-makanan yg berkhasiat dan pakaian-pakaian  ..aghhh ..  banyak lagi.  Dalam dada akhbar .. ada keluarga yang tidak ada bekalan air sepanjang 24 jam sehari/ tak ada bekalan letrik sepanjang 24 jam/  dan jika ..anak anak kampung ini datang melanjutkan pelajaran di universiti ..  mereka masih belum mempunyai komputer riba walaupun kita sedang mengikuti ijazah/ diploma ICT.  Banyak benda yang ketinggalan.  Bukan setakat makan minum di hostel ..  alat alat nak belajar pun kurang ada.  Pendek kata .. serba susah.  anak orang senang ..  sekali telepon pun ..mak ayah mereka dah sampai ke tangga hostel anak-anaknya untuk dibawa pulang / bersiar-siar ke bandar berdekatan.


Baru baru ini ada seseorang pembaca Akhbar STAR Malaysia  bertanyakan ..  bagaimana dengan kesan ..guru-guru yang selalu mengikuti kursus itu dan ini ..  sepanjang tahun dan sepanjang karier mereka?  Yang dia ingin ketengahkan .. baru semalam dua .. ada berita YB Menteri Pendidikan mengatakan bahawa ..  70% guru bahasa inggeris  SK/SMK .. tidak mempunyai kecekapan berbahasa inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran yg tinggi.  Yang menariknya ..bagaimana emak itek nak ajar anaknya berjalan elok elok ..jika dia sendiri berjalan .. ‘gedek-gedek’ ke sana kes sini.  Rasa malu juga saya ..dengan ayat ..Menteri Pendidkan kita.  YB ini .. memberi satu gambaran bahawa alam PnP di sekolah negara selama ini adalah berkeadaan pincang. Oleh sebab itu , program PPSMI gagal .. dalam banyak segi.

Isu utama ialah .. mengapa .. mereka ini dilantik sebagai guru BI?  apakah kriteria yg digunakan selama ini dalam proses pemilihan guru guru TESL di universiti / di IPG?  Mengapa tak ambik lebih ramai pelajar india/ cina untuk mengikuti .. program TESL?  selalunya .. ramai orang mempunyai pesepsi negatif kebolehan anak-anak melayu dalam berbahasa inggeris.  Mengapa?  kerana mak bapak pelajar india/ cina ramai yg berkomunikasi dalam BI sepanjang hari.  Melayu?  he..he.. balik semula kita kpd paragraf 2, 3 di atas.  Melayu dari ceruk kampung (kawasan pendalaman) .. tidak ramai boleh bertutur dlm BI.  Ada guru BI di sekolah ..  walaupun subjek adalah BI tetapi mereka bercakap kebanyakan masa dlm bilik darjah dlm bahasa selain dari BI.  Parah lagi .. ada yg menggunakan loghat bahasa kenegerian dlm mengajar .. BI.  Adushhhh…  

Oleh sebab itulah .. 500 juta riinggit lagi diperuntukkan untuk terus melatih dan melatih dan melatih .. guru guru yang serba serbi tak cekap dalam banyak bidang.  Dari RM500 juta ini sudah tentu ..ada yang akan mengalir ke dalam poket orang orang tertentu yang mempunyai firma konsultansi / motivasi/ remedial Bahasa Inggeris, Matematik/ Sains/ Sejarah / Teknologi dan berbagai-bagai macam lagi.  Pendek kata orang yg ada kabel akan memulakan memasang strategi .. untuk mendapat sedikit bahagian ..dalam rm500 juta tadi.

Dulu .. bila kerajaan menghentikan program PPSMI ..ramai firma firma kecil-kecilan gulung tikar .. kerana selama ini kehidupan mereka bergantung sepenuhnya kepada .. proses pembikinan CD-CD dalam Bahasa Inggeris untuk ICT ICT dan lain-lain lagi.

Sekaran selepas budget 2013 .. saya tak berani meneka lagi dan lagi.  Yang..utama .. orang kampung akan tertekan dgn kos hidup yg semakin tinggi hari demi hari.

Wallah hu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/09/post-budget-2013.html