Postman


Update terakhir:

Salam

Antara banyak jawatan yang ada di tanah air ini ialah bertugas sebagai posman.
Antara skop kerjanya ialah menghantar surat dari pejabat post ke rumah ‘destinasi’.

Zaman dulu , ramai orang suka melihat posman.
Mereka menunggu surat dari orang tersayang.  Semasa saya belajar di STAR, Ipoh saya ternanti nanti surat kiriman wang dari ayah.  Tak banyak ..lebih kurang RM20 sahaja untuk satu penggal.  Tetapi tak apa.  Itu sahaja yang termampu oleh ayah.  Aku sentiasa menanti.

Orang macam Jefridin pun , semasa bercinta
asyik tunggu surat sahaja sepanjang hari.
Mengapa?  adalah tu. Surat dari buah hatinya.

Sekarang posman ada atau posman tak ada ..orang tak kesah sangat.  Mengapa?

Banyak cara menyampaikan berita. Antaranya ialah:

FB
Watsapp
ATM  - transfer wang / Green Point
dan banyak lagi.

Tetapi saya masih amalkan surat, setem dan poskad.  Saya percaya kepada konsep dan falsafah .. golden touch.  Banyak buku buku Mathatma Ghandi berbicara pasal golden touch ini. Syukur ..saya masih berhubung dgn SV saya dari England walaupun dia sudah berumur 80 tahun ++

Sesiapa yang ada golden touch,

bunyi sahaja nama nya di sebut
satu rumah sibuk membuat kenduri.

Sayangnya tuan rumah kepada orang bergolden touch ini.

  1. Antara banyak kerja saya sebagai posman ialah menyampaikan isi kandungan kuliah tazkirah dan dakwah.

Ini saya buat secara konsisten.
Bila berjumpa dengan Allah satu hari nanti, sekurang kurangnya ada dialog baik antara khaliq dan dirikuu ini.  Nak menunjuk-nunjuk?  tak lah..buat apa ..tak ada upah ini My LORD.

Dengan cara kiriman ini, saya cuba amalkan .. sifat berkongsi kongsi/ tidak kedekut.

Arwah
Tok Guru Nik Aziz Nik Mat ( mantan Menteri Besar Kelantan) pernah berpesan sampaikan walaupun sepotong ayat yang baik.

Kerja yang saya buat ini tidak menjanjikan apa apa pulangan pun.
Kadang kadang ada juga komen pedas dari pembaca tetapi .. semua ok kerana saya bermuka tebal.  Saya sukar menangis kalau setakat orang kecam itu dan ini tetapi kalau kereta PROTON mampus dalam hutan belantara .. mungkin saya menangis. Why?  di mamah harimau , singer and dipatuk ular ..my dear.

Saya tak kesah sangat ornag kata macam macam ..yang penting  mereka tidak mengebom saya hingga batang tubuh saya berkecai.

Mendiang Antantoya (Mongolia) mendapat upah yang mahal untuk urusan pembelian kapal selam Malaysia tetapi ..  hadiah terakhirnya ialah sebiji bom paling berkuasa besar dari pihak polis .. TQ polis & ada tangan masih bersembunyi itu.

Kasihan bukan?  Simpati ramai rakyat Malaysia kepada nya dari dulu sampai sekarang.  Jnagan risau , satu hari nanti semua manusia boleh menonnton cerita ini di padang masyar.  Tuhan akan tunjukkan siapa yang mastermind semua ini.  Percayalah.

  1. Pagi tadi saya dan isteri sempat mendengar tazkirah.

Salah satu perkara yang menarik untuk berkongsi ialah

2.1  ziarah kubur elok kita buat waktu ramadhan.  Kita melawat orang mati.
Waktu 1 Syawal , kita melawat orang hidup seperti jiran tetangga dan sanak saudara jauh dan dekat.
Fadhilat melawat Tanah perkuburan ialah .. Allah ampunkan kita sejak kita turun dari rumah hinggalah kita kembali dari melawat Tanah kubur atuk dan moyang kita semua.

Arwah arwah akan gembira dengan kunjungan kita waktu ramadhan ini.  Hadiahkan mereka bacaan Yaseen dan tahlil juga.

2.2  jaga hubungan kita dengan Allah.  Bagaimana?  solat, zakat , puasa pada bulan Ramadhan, zikirullah, ikut suruhan tuhan sepanjang masa, sangka baik dengan Allah  dan menjauhi diri dari maksiat.

Jaga hubungan kita dengan manusia.  Berbaik sangka.  Mulut manis.  Jangan berdengki.
Jangan jadi orang muflis.  Muflis islah orang bankrupt.  Dia bawak Banyak amalan amalan di dunia tetapi sayangnya dia buat tak baik kpd manusia.  Contoh hutang tak bayar.  Contoh tuan pusat tusiyen. Janji itu ini tetapi tidak tepati dan buat fitnah kpd manusia lain.  Muflislah dia.  SEmua pahala dia diserahkan kepada manusia dan semua dosa orang pindah DIRECT ke dalam akaunnya.  Akhirnya dia diheret ke neraka bersama sama dengan resit bayaran tuisyen murid murid/ pelajar pelajar.  AWAS!

2.3  belajarlah membaca AlQuraan dengan baik.  Cari tok guru . belajar.
Jangan tak belajar.  Malu kita nanti bila berdepan dengan Allah.

Piano -  tuisyen
Kuda - tuisyen
Buat kek dari London = tuisyen
main pedang = tuisyen
gulung rambut biar kerinting =  tuisyen di Bangkok
Al Quraan  =  ???????

Malu bukan?

Belajarlah.  Belajar dari peringkat terasas   alif ba ta pun ..no problem.  Lewat belajar pun tak apa ..yang penting tak terlambat lagi selagi kita bernyawa.

Untuk makluman , saya belajar Bahasa Arab sekarang.  tak mahal. RM150 sahaja sebulan.2 kali seminggu.  Kuliah di tingkat 2 atas bangunan ..  uzur dan tanpa cat.

Sekian.
Posman nak rehat sekejap.
Jangan marah.
Posman hanya tahu hantar sahaja.  Bersangka baik OK?

Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/06/postman.html