Practice makes perfect
Salam. Orang bola seluruh dunia bersetuju bahawa semakin banyak mereka bermain, berlatih seperti mana yg berlaku antara team bolasepak seluruh dunia ..maka skill bolasepak akan terbina dlm team bola mereka masing masing. Keyakinan pun terbina. Org memasak di hotel, restoran pun .. bersetuju jika banyak memasak, hari demi hari , maka skil memasak akan wujud dlm tuan punya chef/ tukang masak berkenaan. Org yg telah mendirikan perkahwinan/ masjid pun tahu prinsip ‘berlatih latih sampai mahir ini’. Jika tak dapat baby .. teruskan latihan tersebut. Namakan latihan ini? (tanyor cikgu mu itu?) . Satu hari nanti bila ada rezeki ..insyallah berjaya ..dapat baby 1, 2, 3, …., n dan seterusnya. Begitu jga .. dalam PnP matematik .. makin banyak kita belajar, buat latihan yg diberikan oleh guru guru dari buku Durell (1965)..maka kemahiran matematik akan terbina dalam setiap pelajar tersebut. Tetapi dalam dunia penulisan dalam kalangan cendikiawan islam/ muslim/ muslimat.. dalam skop penulis buku buku ilmiah atau bukan ilmiah .. kami diberi amaran ..semua yg kamu tulis akan disoal satu persatu oleh tuhan Pencipta Alam. Kurang menulis kurang skill lama lama mati/terkuburlah skill dan minat menyampaikan sesuatu walaupun sepotong ayat. Tambahan pula, banyak ilmu kita .. banyak yg datang dari profesor luar negara (bukan islam). Dulu di zaman yg lampau .. banyak ilmu datang dari dunia dan tamadun islam. Ramai ustaz/ ustazah tak puas puas bercerita pasal dunia kecemerlangan kita ini 1000 tahun yg lalu. Tetapi .. lain padang lain belalang ..dan lain dahulu lain lah sekarang. Lani Org org kafir lebih pandai dan mahir dari org org islam dalam banyak bidang kecemerlangan. Mengapa? mereka banyak berlatih dan banyak buat uji kaji. Hasil eksperimen mereka dapat keputusan dan mereka kupas sebaik mungkin melalui jurnal dan buku buku buku .. dari hasil dapatan tersebut. Disebabkan takut .. dgn siksaan kubur dan api neraka .. mungkin kot .. ramai penulis islam di Tanah Melayu/ Indonesia/ Brunei/ Thailand ini khususnya yg mengambil keputusan.. tak mahu menulis banyak banyak sangat buku buku kepakaran mereka .. nanti takut ada riak / tak berbau syurgalah mereka dan macam macam lagi sebagaimana terkandung di dalam kitab agama. Oleh yg demikian .. boleh dikatakan banyak universiti di seluruh dunia islam hanya membeli dan menyusun buku buku imported dari luar negara seperti USA dan England hari demi hari sampai kiamat kot. Bagus bukan? Syukur … Allah kasi negara islam kaya dgn petroleum dan bahan bahan mentah + mahal seperti intan berlian, timah dan uranium (buat bom atom dan rector). Disebabkan mujahadah para para nabi dan para sahabat nabi dalam menyebarkan agama islam ke seluruh dunia .. nikmat ini membawa “faedah besar” kpd umat islam. Bila terlampau mewah ..ramai org kita lupa, malas, lalai, sikap tak apa ba … dan Tun Mahathir turut berkata secara sinis ..melayu cepat lupo. O yes ..hasil nikmat petroleum ini .. kita terus dan mampu membeli hasil penulisan org orang kafir/ nasaro/ yahudi itu. Tanpa disedari ..otak otak anak anak kita banyak terpengaruh dengan ilmu dan cara hidup dan cara makan minum org org yahudi/ nasaro/ .. bila cadbury diharamkan dan dihalalkan dalam tempoh 1 bulan oleh JAKIM .. napok sangat .. tahap kecerdikan kita belako belako. JAKIM oh JAKIM. He..he.. Itu persepsi saya. Kalau ada orang yg ada cahaya di luar sana .. tolonglah berikan kami sedikit pencerahan mengenai dilema ini. Sekian. Terima kasih banyok.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/06/practice-makes-perfect.html