Program baik pulih matematik matematik tambahan sekolah menengah teknik KPM


Update terakhir:

Salam

After Subuh prayers (0630 am) I just completed constructing a tentative program - Remedial Mathematics n Additional Mathematics for SM Teknik Seberang Prai, Penang. It was done in M-Suite Hotel, Johor Bharu.

The program looks something like this. Wish it comes true. If it runs well, this will be my second serious attempt on helping average achievers in mathematics towards Technical Universities in Malaysia after successfuly conducted one in Acheh, Indonesia 2009/10. Alhamdulilah!

KURSUS BAIKPULIH ALJABAR SUKATAN MATEMATIK/MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2011/2012
JABATAN SAINS & MATEMATIK
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEBERANG PRAI

1.0 PENGENALAN

Aljabar memainkan peranan penting dalam aktiviti harian seorang jurutera atau pekerja separa profesional. Namun begitu melalui analisa item PMR/SPM 2004, Lembaga Peperiksaan Malaysia mendapati ramai pelajar melakukan ralat dalam tiga bidang utama iaitu pra-aljabar, pemfaktoran dan permudahkan. Aljabar adalah pintu kepada kalkulus yang banyak terkandung dalam silibus program sijil, diploma dan ijazah kejuruteraan di IPTA/IPTS Malaysia.

Satu senario terbaru berkenaan dengan gaya belajar generasi masa kini ialah pelajar suka berinteraksi dengan komputer, internet dan telefon bimbit. Sehubungan dengan itu, demi memastikan peningkatan skil aljabar dalam kalangan pelajar, satu bentuk kursus aljabar dikemukakan di sini melibatkan instrument otak dominan Hermann, koswer CDiCL dan PnP tradisional (chalk and talk).

2.0 RASIONAL

Pengetahuan dan kemahiran aljabar adalah penting supaya guru dan pelajar dapat memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran masing-masing serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara atau kaedah belajar dan menjawab soalan aljabar dengan lebih mantap dan meyakinkan selaras dengan kehendak pemarkahan SPM. Dengan peningkatan skil aljabar (termasuk internet dan koswer) pelajar didedahkan kepada budaya stail belajar yang sesuai dengan zaman moden yang penuh mencabar dengan jayanya.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Pelajar dan guru dapat pendedahan moden CDiCL bagi memantapkan lagi kaedah PnP konvensional
3.2 Guru akan lebih berkeyakinan ketika mengajar kertas Matematik/ Matematik Tambahan mengikut format pemarkahan terkini peperiksaan sebenar SPM
3.3 Pelajar menjalani latih tubi aljabar dan skil matematik asas melalui koswer dan laman sesawang yang piawai dengan guru sebagai fasilitator.

4.0 PESERTA

Kursus ini disertai oleh pelajar Tingkatan 5 SMT Seberang Prai yang mempunyai pencapaian tahap sederhana dan ke atas.

5.0 TARIKH KURSUS

Tarikh: 2 APRIL 2011 (SABTU)
Masa : 0830 – 0500 petang

6.0 TEMPAT KURSUS
Dewan Sekolah SMT Seberang Prai

8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN

Pengangkutan Penceramah Air Asia RM500
Hotel Penceramah RM150
Sagu Hati RM100 per jam (7 jam)

9.0 PENUTUP

Melalui Kursus Baik Pulih Aljabar Peringkat sekolah ini diharapkan para pelajar dan guru dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan serta mengetahui kuadran otak yang paling dominan dan potensi diri bagi meningkatkan keupayaan belajar dalam mengikuti kursus kejuruteraan di IPTA/IPTS dengan jayanya.

Disediakan oleh Disemak oleh

Nor Sarah Mohd Sazali Pn
Guru Matematik Ketua Panitia Matematik 2011
SMT Seberang Prai SMT Seberang Prai
Pulau Pinang Pulau Pinang
Tentatif Program

Masa
Program
0800 – 0830 pagi
Pendaftaran peserta
0830 – 0900 pagi
Menggunakan instrument otak Hermann bagi mengenali keupayaan potensi diri sebenar seseorang individu
0900 – 0930 pagi
Mengenal pasti quadrant otak dominan pelajar - adakah anda berdominant teknikal, saintist atau tidak? Error Analysis pelajar PKB 2006 SKA, SKM
0930 – 1030 pagi
Matematik Moden – Pra Aljabar I Pemfaktoran
1030 – 1045 pagi
Break
1045 – 1145 pagi
Matematik Moden – Pra Aljabar II Permudahkan
1145 – 1245 pagi
Matematik Moden – Aljabar III / CDiCL/ laman sesawang purplemath
1245 – 200 ptg
Makan dan Solat
2.00 – 3.00 ptg
Matematik Tambahan - Kalkulus I (Differentiation)
3.00 – 4.30 ptg
Matematik Tambahan – Kalkulus II (Integration and Application)
4.30 – 5.00 ptg
Maklumbalas dan sesi Soal Jawab
5.00 ptg
Kursus Tamat

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/01/program-baik-pulih-matematik-matematik.html