Proses memeriksa kertas ujian statistik


Update terakhir:

Salam

Minggu lalu pelajar pelajar tahun satu telah menduduki kertas ujian 1.  Syukurlah.

  1. Sekarang mereka sedang bercuti di kampung halaman masing-masing sambil menyiapkan banyak tugasan yg dihadiahkan oleh pensyarah-pensyarah mereka.  Tujuannya senang je ..supaya mereka tidak lupa buku buku pelajaran sambil bercuti di bendang sawah dan memotong(menoreh) getah.

  2.  Itu aktiviti pelajar.

Sekarang aktiviti saya  pulak ialah menanda mengikut skema jawapan.

Skema jawapan terpaksa diadakan supaya proses pemarkahan dapat dijalankan secara adil dan konsistent.

Melalui ujian begini, saya dapat menilai ..  secara formal sama ada pelajar pelajar ni boleh mengikuti pelajaran statistik di peringkat universiti atau pun tidak.

Yang peliknya ..soalan adalah dlm bahasa inggeris dan jawapan dari pelajar pelajar …  ada itu dijawab dalam Bahasa Melayu.

Pelik juga bukan?  itek bertanya statistik ..ayam menjawab statistik ..apa itu ordinal , nominal dan interval dalam SPSS.

  1.  Rumusan ialah ..ada pelajar dapat menjawab dgn cemerlang dan ada yg kurang sangat membaca walaupun pihak kerajaan budiman telah memberi voucher buku sejumlah rm250 seorang.

Saya suka sangat soalan berbentuk ayat ayat dari kira mengira menggunakan mesin kalkulator .. jika mereka kurang membaca ..payahlah mereka nak score tinggi 20/20.

Oleh itu ..  awas ..  banyakkan membaca perihal statistik itu.  Dari pembacaan luas , insyaalah ini akan membantu anda bila ke satu masa dipanggil temuduga untuk jawatan kerajaan/ profesional.

Yang untung adalah tuan hamba/ student saya juga.

Sekian

Wallahu aklam//  p/s:  ada ejaan ejaan istilah Bahasa Inggeris  dari skrip jawapan yg salah, tersasul jauh dari konteks statistik.  Awas ..itu tandanya anda akan gagal dalam UJIAN 1 ini.  Elok sangat mu belilah Kamus Oxford RM50 jah .gunakan voucher buku BN itu.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/04/proses-memeriksa-kertas-ujian-statistik.html