Puasa sunat bulan Rajab
Salam
Tak lama lagi insyallah kita umat islam akan menyambut bulan yang paling mulia iaitu Ramadhan al-Mubarak. Dalam bulan ini semua amalan sunat ditingkatkan status kepada amalan fardhu dan amalan fardhu pula digandakan 70 kali gandaan dari bulan bulan biasa. Para -para sahabat seperti Ubu Bakar r.a. dan Umar r.a. mahu setiap hari adalah hari hari dalam bulan Ramadhan. Mengapa? mereka faham ganjaran berada di dalam bulan yg mulia tersebut. Untung jugak kita …jika tuhan memberikan kita nyawa .. dapat berada dalam bulan yg mulia itu.
Pada tahun lepas , ada kawan kawan saya pulang ke rahmatullah .. sebelum Ramadhan menjelma. Sebelum mereka pulang ke sana, saya berpeluang melihat mereka .. buat banyak persiapan untuk memasuki bulan mulia Ramadhan tetapi .. sayangnya .. Allah lebih mencintai mereka.
- Sempena datangnya bulan ini .. bagus jika kita didik diri sendiri berpuasa sunat isnin dan khamis pada bulan Rajab ini. Manalah tahu .. kita dah didik perut kita …bahawa .. kita mampu bekerja secara baik tanpa sarapan, makan tengah hari dan minum petang pun. Mulut pun kita didik supaya kurang bercakap benda2 yg sesia. Benda yang tak ada faedah. Contohnya .. betul ker .. gambar dia dalam video itu? Kalau tak betul apa kau nak buat? kalau betul .. apa pulak pendirian awak? [ ini semua .. percakapan yg sia-sia.] Mata kita pun kita didik jugak. Bacalah al Quraan banyak banyak sedikit. Kalau lazimnya ..kita baca 1 muka surat Al Quraan setiap hari, sekarang booleh lah kita berlatih .membaca 2 muka surat sehari.
Rasululllah s.a.w. mengalakkan Al Quraan dikhatamkan 3 kali pada bulan Ramadhan. Jika kita boleh lah?
Subhanallah! Masya allah!
- Kalau kita nak lawan pasukan bola sepak dari Arsenal FC (contohnya) , maka pasukan Harimau Malaysia akan menjalankan latihan yg intensif di beberapa buah tempat yang .. mana semua jurulatih akan .. yakin akan memberi impak terbesar ketika Harimau Malaysia ..menentang pasukan Arsenal itu kelak.
So point terpenting ialah .. buat latihan intensif.
Kedua, anak anak kita pun akan berlatih .. menjalankan ulang kaji .. buat semua soalan soalan dari Kertas Peperiksaan Tahun Tahun Lepas UPSR/PMR/SPM/ STPM .. supaya mereka dapat membina keyakinan .. bila berhadapan dgn kertas peperiksaan sebenar hujung tahun ini.
So point yang hendak ditekankan ialah .. buat latihan awal awal lagi.
So .. sempena ..datangnya bulan Ramadand yg mulia ..jom kita buat sedikit sebanyak persiapan rohani dan fjasmani supaya ..setiap saat bulan ramadhan itu ..tidak akan kita sia-siakan dengan perkara yg lalai.
Sekian. Yang baik dari Allah ..yg lemah dan kurang itu semua dari kelemahan saya sendiri.
Wallah hu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/06/puasa-sunat-bulan-rajab.html