PWTC book fair


Update terakhir:

Salam

Syukur saya di PWTC sejak Isnin , Selasa lagi.

Seronok berada di sana.  Paling seronok melihat ..telatah pelajar-pelajar kolej matrikulasi , murid murid sekolah dengan diiringi oleh guru guru mereka ..  melihat, membelik, membeli ..buku buku yg ada di sana.

Bila melihat mereka ini semua , teringat zaman dahulu 20 tahun yg lampau .. saya gemar membawa anak anak ke Pameran Buku Kelantan dan banyak tempat lagi tetapi semua berkaitan dgn buku dan ilmu.

  1. Kalau orang tanya saya ..apa faedah ilmu ..maka ..elok kita imbas kembali ..satu hadith Nabi Muhammad s.a.w.  “..jika kamu mahu kebaikan dunia, tuntutlah ilmu, jika kamu berkehendakan  akhirat tuntutlah ilmu …dan jika kamu mahu kedua-duanya sekali ..tuntutlah ilmu.

Memang betul , sohih kata kata tersebut dari kekasih Allah ..

  1. Orang berilmu menulis buku untuk ..dihadiahkan kepada anak anak bangsa dan generasi yg akan datang.  Ada orang dapat royalti selama 50 tahun ..  disebabkan karya mereka @ penulisan buku.  Syukur alhamdulilah.  Contoh buku tebal panjang komik  LAT RM129 oleh NST, Kuala Lumpur.

  2. Saya perhatikan ..  bahagian buku buku luar negara, bilangan penerbit tak berapo ramai kali ini.  Mungkin disebabkan oleh penangan g-s-t kali ini.  Satu lagi, penulis muslim muslimat tak ramai menerbitkan buku buku bertaraf ‘ilmu tinggi’ seperti STEM, PdP matematik dengan GeoGebra atau lukisan teknik menggunakan GeoGebra.  Ramai pelawat book fair berada di bahagian buku buku tempatan sahaja.  Apa boleh buat bukan? Satu lagi, pelajar pelajar dibawa ke bahagian buku buku berorientasikan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM sahaja. Betullah oranng kata kita ini ‘exam oriented society’.  Jika diberi pilihan antara ..   buku ‘ilmu tinggi’ dengan novel-novel cinta .. tentu ramai pembeli memilih novel cinta .. @ novel suka duka seorang pejuang kemerdekaan dan ilmu agama kerana .. buku ini mengolek tidur dan mimpi yg indah tetapi kalau nak tidur pantas ..bacalah buku Matematik Tahun 4 ijazah pertama.  Insya allah mujarab …Ameen.

Begitulah sedikit sebanyak pemerhatian  saya selama 48 jam.  O yer ..  selalunya .. saya dan kawan kawan menginap di hotel berdekatan dengan PWTC ini. Ada orang sponsor.   Syukur alhamdulilahhh.. nak kesedapan dunia dan akhirat ..tuntutlah ilmu.

Sekian.
Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/04/p-w-t-c-book-fair.html