rakyat jupiter serba berani
Salam.
Hari ni izinkan saya menulis pasal berani. Bukan besi berani tetapi semangat seseorang yang berani bertempur di dalam kancah dunia universiti atau akademik.
Berani berperang? Berani mengambil risiko dan ..akhirnya berani mati. Org org jepun berani mati .. waktu peperangan dunia ke dua dahulu. Sekarang hasil keberannian perwira perang jepun telah diterjemahkan ke dalam bentuk produk teknologi kipas, kereta dan robotik. Macam-macam produk si Jepun buat untuk faedah dunia. Kadang-kadang tersentuh juga minda ini ..apakah produk melayu untuk si Jepun itu? Nanti di akhirat . si Jepun akan menuntut kpd Allah .. aku beri depa macam-macam ..sampai selipar pun .. ada label selipar jepun .. tetapi org org islam melayu ..apa depa sumbangkan untuk aku yg akan kau humbankan ke dalam neraka engkau. Mereka zalimmmm….
- Dalam kalangan pelajar yg baru mendaftar pengajian ijazah peringkat pertama..ada ramai pelajar baru yg serba serbi berani. Walaupun org org tuanya sudah melarangnya dari mengikuti program itu ini kerana prospek kerja yg terhad ..anak-anak ini terus juga dgn niat suci murni tersebut. Tawakal kpd Allah robbul alameen macam si jepun menyerang Kota Bharu pada tahun 1941.
Orang tua dah bilang one two three ..program guru senang leh kit kerja, berkhawin, membela anak di kampung sendiri..anak anak yg berani terus jugak dgn program kejuruteraan maratim, aeronotika, plastik, metallurgi dan mcm mcm nama moden. Esok bila dah graduat ,, tak ada kerja di Kota Bharu, Kemumin, Jeli ..jgn salahkan ibu ayah tau? Mereka dah banyak kali berpesan kepada mu.
Guru/ Pensyarah Universiti adalah jawatan yg terbaik. Ada sekuritì, , ada gaji sedap, banyak ‘goyang kaki’ bila sekolah/ universiti bersebelahan dgn taman perumahan. Nak apa lagi kan? Selagi org org berkhawin..mereka dapat babies 1,2,3, ..60 ..selagi itu kerajaan BN kena bina sekolah siang dan màlam. Oleh itu lambat laun..ada keperluan ..anda guru diperlukan..kalau mu wat program naik ke bulan, mendarat atas planet jupiter katakan ..pekerjaan apalah yg menanti anak-anak yg serba berani ini.
Dulu saya dah terserempak..graduat um, ukm, utm, uitm ..mengaji bidang pelik pelik seperti networking technology ..akhir akhirnya mereka redha jual insuran, jual mesin air mineral, jual itu dan ini ke hulu hilir dari Johor DT sampai ke planet Jupiter, Mars, dan .. juga di pelusuk Bumi. Aduhai jauh nya rezeki engkau sayang.
ini cerita ceriti org berani. Budak berani, mak ayah serba serbi berani..akhir akhirnya hati jantung bertukar sifat besi berani.
- Jgn percaya sangat ucapan berani menteri itu dan ini pasal program berani ini. Dia bercakap sekadar nak tunjuk dia pun berani berbicara di atah pentas sahaja.
Cuba siasat ..anak anak tino nyor di rumah. Saya percaya dlm diam diam ..anak perempuannya berjawatan guru, pensyarah KK, pensyarah politeknik, pensysrah universiti, doktor, nurse, pembantu pustakawan atau polis wanita jer. Berani bukan? sedangkan jeng jeng jeng ..
anak anak org Jupiter jer yg sanggup belajar kursus ..nak sebut pun payah. Bioteknologi lah, biomedicine lah, actuarist lah..sistem analist lah ..yg mana ..peratusan kerja tak banyak sgt bila dibandingkan jawatan guru di negara ini. Kasihan ..budak budak planet jupiter itu nanti.
- Yes..betul tu..rezeki di tangan tuhan. Graduat yg dok jual mesin air mineral tu pun pernah berkata begitu jugak..pada satu masa dahulu satu hari dalam lipatan sejarah. Sekarang.. luas rezeki tuhan di bawah sinaran matahari yg terik besertakan peluh di dahi. Kena jual 2 unit mesin air mineral seminggu baru berkemampuan bayar sewa rumah, kereta, membesarkan anak anak dengan susu berformula..jika tidak payah adik adik ku ..
percayalah.
Atas dasar keberanian dan super berani ..ayuh kita ikuti kursus itu sampai berjaya. Genggam bara biar jadi apa anakku?
Masalah pekerjaan ..kita mintak dgn tuhan. Robin Hood (Nottingham) pernah berkata ‘..we cross the bridge when we get there". Rod Stewart pun ada menyanyi ‘Sailing’. Dia sailing jauh jauh bawak skrol ijazah itu lah…. sayup hilang di kaki langit.
Sekarang izinkan saya berhenti menulis dan letakkan pena ini. Maaf jika tidak sedap dibaca. Saya sekadar menyampaikan sahaja benda yg baik untuk anak berstatus ‘perempuan’.
Ok. Sekian.
wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/09/salam.html