Ramainya melayu cepat lupa betapa indahnya bahasa sendiri


Update terakhir:

Salam

Minggu ini dah  banyak dah orang berbangsa india (Malaysian) membuat aduan mengenai istilah moden bahasa malaysia.

Isnin lepas dalam Star 27 Ogos 2012 bertajuk ‘More english words creeping into Bahasa Malaysia lexicography’

saya rasa terpanggil menjawab dan mencadangkan sesutu kpd DBP atau mana-mana institusi di negara ini yg sayangkan Bahasa Melayu yg pernah diperjuangkan oleh Munshi Abdullah dan Pak Sako pada satu masa dahulu.

Jom kita mulakan istilah-istilah moden

famili -  keluarga
tren - keretapi
diskusi - perbincangan
syarikat kerjasama - koperasi
budget -  jumlah wang yang ada yg boleh dibelanjakan
debat -  debate -  bertikam lidah/ bertukar buah fikiran pro dan kons
biologi - kaji hayat
mathematics - ilmu hisab
thesis - tesis -  buku karangan, laporan pengajian peringkat tinggi kedoktoran, kesarjanaan
ekonomi rumah tangga - ERT-  selok belok dapur
conpius -  confuse -  keliru
broadband -  komunikasi internet wayarlehhhh

dan banyak lagi …  seks = sex =  hubungan jenis ;  gender = jantina laki betina; vagina =  yek (ha..ha..ha..)

  1.  Mengapa jadi begini?  Jawapan 1 - ada orang melayu cepat nak naik perasan bahawa dgn istlah moden ini kita nampak cerdik dan sophistikated.  Tak caya ..cuba dengar celoteh FM radio waktu pagi .. antara DJ-DJ melayu .. mereka bercakap rojak setiap hari.  Kesan bahasa rojak -  rakyat malaysia lah yg akan terkena    akibatnya secara langsung atau pun tidak.

Jawapan 2 -  ada kannn ..  orang melayu pandai ramai sambung belajar PhD bahasa melayu di Englang, Amerika dan Holland.  Oleh yang demikian , tesis Ph.D mereka diperiksa oleh mat mat salleh yg lebih gemar pelajar melayu ini ikut stail kefahaman mereka berbahasa melayu.

tak ramai anak anak melayu sambung PhD bahasa melayu di Indonesia. Mengapa?  Kerana anggapan ramai orang orang kita - persepsi - belajar di sana tak ada klas langsung  .. jika belajar bahasa  di Bandung dan Jakarta.  Di titik ini, saya ingin tabik spring kepada bahasa indonesia.  Jumlah istilah bahasa indonesia semakin banyak dan mantap.  Setiap istilah mempunyai      sejarah tersendiri. Syabah Bapak Bapak Ibu Ibu di sana. Saya kagum dengan anda semua rakyat Indonesia.

Jawapan 3 -  kalau ikut ejaan Bahasa Inggeris , tempoh masa mencipta istilah baharu ..lebih cepat dan bersahaja terutama jika istilah itu dipakai dalam jurusan pengajian tinggi.  Kesannya - ada sesetengah dari  kita orang melayu hilang jati diri.  Cuba dengar anak-anak muda kita bercakap zaman la ni di waktu kita orang melayu malaysia .. sibuk beraya Aidil Fitri.  Yang saya faham sedikit sahaja .. bila mereka cakap nak makan nasi himpit dan sate Kajang jer. Yang lain payah ..kita kena tahu bahasa inggeris dengan banyak dahulu sebelum kita faham bahasa melayu yg anak-anak kita sedang gunakan sebagai bahasa kehidupan hariannya.  Contoh istilah -  fuyooooor!  bahasa orang jepun gilor ni.   Perggggh!  bahasa orang jawa serang anak tino melayu  kelate.

Jawapan 4 - tengok filem melayu moden selepas  era Tan Sri  Dr Jins Shamsuddin Bukit Kepong dan Tan Sri P. Ramlee Anakku Sazzzzlis..  keluarga melayu bandar urban bercakap  melayu tetapi penuh dengan istilah bahasa inggeris kolonial.  Contoh :  mana baby bang?
 where is our baby my dear ?

you dinner tak?  ( nak makan malam tak?)
lunch di mana yer?  ( di mana nak makan tengah hari ?)
jom kita ke airport now     ( mari kita sama-sama ke lapangan terbang itu )
KFC mahu?  (  jom kita makan di restoran segera itu Kentucky Fried Chicken)
buat Appointment Kathy?  ( jgn lupa buat temujanji Mak Joh weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii )

Jawapan 5 - ada sebilangan dari orang melayu tidak ada pegangan hidup yg jati (solid) 100%.  Dulu zaman Rajesh Khanna .. ramai orang melayu suka lagu hindustani/  ada penyanyi melayu menyanyi lagu lagu cinta pun ikut rentak muzik hindustani;  bila mari zaman kung fu mendiang Bruce Leee .. orang melayu bertukar angin ..suka main kong fu dan tae-kwan-do Korea.  Habis laku semua CD CD, baju tukang masak cina  Korea, Taiwan kat kedai/    Sekarang .. budaya kedai mamak india ..kasi mereka makan orang-orang melayu roti canai, teh terik serbuk papan  dan tanddoori siang dan malam .. kesan kedai nasi lemak melayu jawa hampir lupus ditelan zaman.    See?  aku dah kata.  Mana ada jati diri orang kita?  Siang malam sokong pasukan bolasepak Manchester United, Chelsea, Fulham.  dekat mana?  kedai mamak big screen lah.  mana lagi?

Cadangan saya:  tukar jer .. semua staff DBP itu .  Nampak tak buat kerja kau orang?  Prof Melayu moden pun sama jugak.  Kasi pencen cepat cepat.  Mungkin depa ni yg buat angkara ini semua.  Gantikan dengan orang orang lama yg masih hidup.  Tak kan tua benor staf kerajaan terutama guru guru pencen bahasa melayu/ bahasa inggeris/ bahasa cina / bahasa india untuk duduk sekejap sebelum ajal menjemput mereka dan betulkan balik semua benda Bahasa Melayu yg sudah hilang tuju arah bahasa ibunda kita. (jgn lupa belikan pampers untuk orang-orang tua ..  senang sikit kerja mereka membetulkan semua istilah gila ..melayu inggeris ini sambil tukar tukar pampers itu.. )  Kasihan?

Sekian.  Sekurang-kurangnya saya sudah memberi cadangan di sini.  Maaf (thousand apologies) jika tersalah bahasa adik kakok sekalian. Aku anok kelate jah.

Wallahu hu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/08/melayu-cepat-lupa-diri.html