Rasional atau gila menggunakan handset di sekolah


Update terakhir:

Salam

Tiba-tiba ada berita pelik .. kerajaan nak luluskan pengunaan telefon bimbit di sekolah.

Alasannya ialah:

  •  kanak kanak generasi ini semua menggunakan teknologi canggih seperti handset/  oleh itu tak menasabah sangatlah jika pihak KPM melarang mereka menggunakannya lagi pun ada faedah yang tersangat banyak.  seperti memaklumkan lokasi mereka kepada ibu ayah tercinta pada bila bila masa,  boleh rekod suara guru melayu (anak kelate) mengajar Bahasa Inggeris di SM Yahya Petra di Kuala Krai, boleh bandingkan sama ada stail guru matematik di sekolah setanding atau tidak dengan guru guru import di pusat tuisyen pakar di kota bharu dan banyak lagilah.

Saya rasa -

ramai  guru akan tension - dan dapat title phd -  pressure, hypertension n diabetes bila pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah,
makin banyak kerja guru disiplin - maklumlah - hp sekarang banyak ada camera.  Silap silap pelajar boleh hantar gambar gambar dan buat komen sesama mereka tentang kualiti action dan pelakon-pelakon dalam gambar tersebut.

  •  jika dulu pihak ibu bapa mengambil mas 1 atau 2 hari nak datang sekolah berjumpa dgn guru disiplin, maka dengan adanya teknologi hand phone ini di sekolah, wajah ibu bapa yang datang dgn hasrat mencederakan guru ..akan sampai ke kawasan sekolah secepat kilat.  Maka senario bergaduh, bergocoh banyak berlaku di rato riti di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Nak kawal penggunaan hphone bukan satu yang senang.  Kenapa?  nak control pelajar menghisap  rokok pun payah.  Kawal pelajar menonggang motosikal tanpa lesen pun .. perjuangan ini belum lagi selesai.  Inikan pula  ,.. membawa telefon bimbit ke sekolah.  Apa kata ..hand phone anak menteri tiba-tiba hilang .. apa kata kandungan hand phone .. ada gambar tak senonoh .. maka .. tidak seronok lah jika benda-benda ini berlaku.

lagi pun ..  sekarang banyak lg masalah di sekolah yg belum settle settle pun / contohnya tandas pun teruk , parking huts pun tak beres 100%,  dan pelajar melayu lemah matematik, pelajar di SBT( sekolah berprestasi tinggi)  pun tak perform kertas SPM Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik walaupun mereka dah diperakui bijak bistari dari keputusan PMR oleh Pak Menteri .. guru perempuan ramai dari guru lelaki dan  banyak ..benar ni/   Guano gamok !

So as a daddy, i don’t see the rational of using this hand phone at schools from Standard 1 to Upper 6 within schooling times.  If at home atau outside the school compund please do ..  What say u my dear readers?

bagus ker all these/  wallahu aklam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/07/rasional-atau-gila-menggunakan-handset.html