rasuah
salam
Setiap hari kita terbaca , membaca dan mendengar berita mengenai rasuah.
Pegawai kerajaan muda berumur 37 tahun sudah mempunyai aset tak terbayang oleh kita.
Macam macam dia ada ..kecuali piramid Firaun sahaja.
motobesar ada, duit cash rm1 juta , rumah rumah mewah .. jam tangan mewah dan lain lain lagi. Semua diperolehi se masa servisnya di PUTRAJAYA.
Begitu juga pegawai tua yang akan bersara ..penuh rumahnya dgn barang barang mewah hasil rasuah. Bukan dia sahaja dipuja , isteri dan anak anak dipuja oleh semua kerabat kerana kekayaan yg bersifatt sementara.
- syukur aku seorang guru.
apalah yang hendak dirasuahkan oleh kontraktor cina, india kepada guru melayu tua seperti aku?
ha..ha..ha..
syukur tuhan buat aku pasrah dan redha dgn tugas ku mengajar dan menanda buku latihan pelajar d bawah amanah itu.
- sekarang berlangsung ..ulangtahun UMNO yg 71
ini kiblat .. rasuah kot?.
dulu ..mereka berjuang atas dasar melayu menolong melayu
sekarang tidak.
Ini boleh dibuktikan kes demi kes. Jika kelebek fail di mahkamah Kuala Lumpur sudah tentu banyak bukti kes rasuah ini.
Kalau kepala melarikan duit berbilion RM
jangan hairan jika orang orang bawahnya dirasuahkan oleh kontrator kontraktor berbangsa lain.
Tidak takutkah mereka azab Allah menanti mereka ?
Atau mereka hidup berpandu hadis ..selepas Ramadhan Allah ampunkan semua dosa kita. Begitu ke kefahaman orang melayu terhadap agama Allah yg suci?
Kasihan.
Mengapa mesti kita puja UMNO lagi?
Mereka sudajh lari dari perjuangan asal Tengku, Dato Onn dan Tun Mahathir.
Dasyat.
Ada orang sanggup menghabiskan 2 hari cuti hujung minggu semata mata nak dengar nasihat kepala ‘shit’.( rujuk buku Shit oleh Shahnon Ahmad).
Dasyat.
Ayuh berubahlah. Istighfar banyak banyak. Kita kena berani berubah.
Bertaqwalah kita kpd Allah sebanyak banyaknya. Takwa ialah takut kepada azab Allah yang menanti kita sejurus kita mati pada bila bila masa. Ingat tu?
Tk. wasaam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/05/rasuah.html