Rasuah-rasuah melata-lata


Update terakhir:

Salam.

kasihan saya terbaca beberapa kes rasuahyang melibatkan pegawai kerajaan yg hampir pencen 50 - 60 tahun. Kasihan yer?

  1. Mengapa rasuah berlaku? O yes .. rasuah adalah istilah yg digunakan bila ada pihak lain memberi kepada penjawat awam itu (polis, jurutera awam, hakim syariah, penguat kuasa jabatan agama islam , ..) wang , tanah , hadiah dengan tujuan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya .. yg akan membawa kerugian kepada imej, maruah diri, perjawatannya dan lain-lainlah. Contoh: Si Ali ditangkap memandu laju di atas sebuah jalan raya. had kelajuan yg dibenarkan ialah 110km/jam. Tetapi di sebabkan dadah ..Ali memandu selaju 200km/jam. Kesan dia ditangkap polis. Untuk melepaskan diri ..Ali memberi suapan ..RM5000 kepada polis tersebut. Sayangnya ..Ali telah menanda nota nota duit itu dgn cat merah. Selepas memberi duit rasuah itu .. keesokkan harinya .. Ali mengadu kat IPP Batu Pahat bahawa si anu bin si ani telah mengambil wang dari nya dgn niat ..tak mahu mengambil tindakan undang undang keatas Ali. maka fail dibuka.. dan untuk memendekkan cerita ..polis itu telah ditangkap dan didakwa .. Tutup cerita: si polis itu dikenakan hukuman 5 tahun penjara/ dan hadiah pencen semua hilang.
    Pencennya ialah RM1200 sebulan dari umur bersara 60 tahun hingga 95 tahun .. di mana polis itu mati. Imagine 35 tahun extra life after pencen darab RM1200 = RM 420,000 semua hilang begitu sahaja.
  2. Mengapa orang mengambil rasuah?

Jawapannya: tak takut kat tuhan, hutang dia dan isterinya terlampau banyak .. menyebabkan dia berpeluh tidur di waktu malam , berhujan walaupun sistem air cond semua dah terpasang 24 jam/sehari. tak caya ada neraka, tak caya ada azab siksa dari tuhan yg maha esa, stail hidup mewah yg melampau - lampau , meniru cara hidup orang kafir seperti Whitney Huoston, Steve JObs dan Michael Jackson, atau pun besar kemungkinannya dia ini dah kalah dgn bini dia - i.e., semua bisikan bini muda dia semua dia ikut .. bini suruh tukar kereta Wira tua ..kepada kereta baru Toyota Frious .dia ikut/ bini bisik beli condominium ..dia pun ikut jugak, bini ajak shoppping ke Bandung dan Paris pun dia ikut ..pendek kata kalah dgn pujuk rayu bini nya yg super muda ini. O yes .. si pengambil rasuah umurnya 59 tahun , bini muda dia 29 tahun. Beza umur 30 tahun. Mestilah selera berbelanja mestilah berbeza seperti jarak antara bumi dan langit jauhnya. Ha..ha.. awas tuan hamba. Kalau kita umur 59 tahun , the best umur bini is about 49 tahun lah .. atau yg sedap sikit 69 tahun. Julat umur 20 tahun. Ha..ha..

  1. Itulah serba sedikit cerita org rasuah. walaupun kedudukan dia dah bagus dah..ramai juga org mengambil rasuah. Langkah terbaik ialah:

4.1 kurangkan bersosial selepas jam 0500ptg/ no more mengeteh apa apa kat warmak - warung mamak!
4.2 banyakkan amalan masjid - dengar syarahan agama siang dan malam
4.3 banyakkan membaca Al Quraan (yg bagus khatam 2 kali semalam)
4.4 banyakkan lawatan ke atas tanah pusara / kubur - kasi insaf sedikit ..kita akan ke sini so soon/ so fast
4.5 banyakkan sembahyang sunat seperti dhuha, isra', awabin, tahajud
4.6 belajar menangis-nangis di waktu malam bila berdoa - jgn asyik menangis bila senjata ampuh tiba-tiba tumpul jer di kamar (ketawa)
4.7 banyakkan bergaul dgn pesakit pesakit di ward hospital kerajaan
4.8 makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang
4.9 banyakkan bertaubat / istifar/ taubat nasuha
4.10 kurang bercakap, berbicara sesuai dgn kita yg sudah semakin tua
4.11 biarkan calon bini muda itu ‘berlalu’ begitu sahaja ..selesai masalah kita berbelanja di Bandung dan Paris dan tak payah kita sibuk sibuk makan tongkat abu, tongkat kassim, tongkat hantu
4.12 kalau ada peluang, pandulah kereta yg sudah lama seperti Datsun Perahu 1.2Y; insaf lah diri wahai penjawat awam yg sudah tuaaaaa.
4.13 jom - join dakwah tablighhhhh .. tidur di masjid, surau seluruh dunia seantaro. Banyak afdalnya.

Sekian. Harapan sebenarnya ialah saya dapat mengamalkan apa yg saya tuliskan ini. Muga-muga berjaya di hadapan Allah satu hari nanti. Jika terkena kepada siapa-siapa yg membaca artikel ini - saya mohon berbanyak banyak maaf tetapi .. betul tak cerita saya ini? Maaf. Saya sekadar menyampaikan sahaja tidak lebih dari itu

Wallahu aklam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/02/rasuah-rasuah-melata-lata.html