raya pertama
Salam
Raya hari pertama .. selalu best.
- sembahyang raya
2. makan ramai ramai adik beradik, ipar, anak menantu, datuk , nenek
3. ada orang kampong berkunjung tak putus putus ke rumah kita
4. kita melawat rakan taulan
Begitulah selalunya.
Dulu g jugak ziarah kubur waktu begini ..
tetapi selepas dengar ceramah/ tazkirah
aku buat keputusan ..melawat kubur ..dalam bulan puasa sudahlah.
tetapi sayangnya this year …aku gi ziarah kubur seorang diri.
Itulah .. penangan tazkirah. Kita ubah strategi .. begitu pulak jadinya.
Dulunya .. semua nenek, isteri, anakanak , cucu gi kubur selepas solat hari raya fitri ..
sekarang mana orang mahu tukar stail.
Susah ..susah/.. u senanglah..
kami kena buat macam macam .. tengok tu ..ketupat ..siapa nak siapkan kulit ketupat nasi ini kalau tidak I?
begitulah jadinya.
Tak apa ..
jangang bersedih sangat ..
si mati tak bangun pun .. tak akan hidup lagi . ..kau datang atau tidak ke pusaranya dia tetap berstatus arwah
tetapi dalam agama ..begitulah ..ziarah pusara bukan dalam raya.
INi memberi satu pengajaran kepada penulis.
Bila Rasulullah s.a.w. ajak Abu Jahal ( pak saudaranya) kepada agama islam
dia menentang habis habisan.
Stail lama ..dia tak mahu tukar apa apa.
Dia tetap nak sembah berhala nenek moyang dia .. bertuhankan Uddza
kau kata macam macam pun
begitulah stail orang arab purba.
Payah nak bertukar cara.
Sampai wafat Rasulullah s.a.w. pun .. Abu Jahal tetap dengan agama dan stail nenek moyang mereka.
Saya kali ini sempat
melawat 1 orang kawan lama saya ..umur 60 tahun di Besut
dan ada ex-student UTHM namanya Farish , bertugas di Cyberjaya melawat saya.
Antara 2 titik pertemuan itu ada tok besan saya dari Kota Bharu melawat / beraya di sini.
Bagus kan?
–
Sekarang nak bergerak ke Kota Bharu.
Melawat ibu saya di sana ..dia tak sihat.
Begitulah aktiviti saya.
Makan tetap makan .
Minum pun sama.
Tetapi jangan over over.
Nanti sakit macam macam …kita sendiri yang susah.
Nak ajak isteri teman kita ke hospital ..
payah juga ..kerana today hari raya pertama ..
dia dengan ..rancangan asalnya. Bnayak benda dia nak buat. Tengok sahaja sudahlah. Asalkan dia tak hidup kereta dan bawak kereta dan anak anak terus lari ke kampong halamannya sudah lah….
Tak mahu berubah apa apa.
Begitulah ..
rumusan.
1. payah nak tukar stail
2. jangan kutuk orang lain jika dia payah berubah dari agama asal kepada agama islam
kerana hidayah bukan di bawah tangan kita ..
3. isteri teman di dunia. Kalau pandai handle , isteri adalah asset terbesar kita ke syorga ..jika tidak entahlah ..tanyalah ustaz/ ustazah.
4. jangan komen itu ini ..kerana ..mereka yg kau komen itu semua saudara mara kamu juga. Sayangilah mereka .. kuat PAS/ UMNO/ DAP/ PKR/ PPMI semua saudara mu kalian. NIlailah mereka sebaik mungkin.
He..he..he..
begitulah. Jangan marah ok?
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/06/raya-pertama.html