rehat
salam
KIta mesti berehat.
Di sekolah, jam 1000 pagi adalah waktu rehat.
Murid-murid/pelajar beratur untuk mengambil makanan secara berbayar atau percumadi kantin sekolah.
Tujuan berehat ialah .. memberi masa untuk kita makan dan minum dan bertegur sapa.
Banyak kebaikan waktu berehat ini.
Pertama,kalau kita tak beli karipap ,keropok dan ubi goreng mak chik ..sudah tentu ekonomi mak chik kantin susah nanti. Di sini kita boleh pahala secara tidak disedari.
Kedua, boleh belajar cara makan dari guru guru kita di kantin.
Bila mereka makan dengan menggunakan / membaca doa ..secara tak langsung kita boleh beramal doa doa yang banyak tertampal di dinding kantin itu. Makan secara sunah ..banyak pahala kita perolehi. Alhamdulilah.
Makanan favourite saya waktu rehat ialah mee sup. SEdap dan mahal. Tetapi jangan risau tak semahal beg tangan cikgu cikgu perempuan di sekolah itupun.
–
Waktu puasa ( Ramadhan) jika tuan sempat ke Pakistan , mereka berehat dari bekerja sepanjang bulan ramadhan.
Senang sedikit mereka focus untuk menjalani ibadat puasa selama 30 hari itu.
Puasa beres.
Sembahyang terawih pun beres.
Tadarus Al Quraan pun beres.
Macam macam beres.
BUkan macam Malaysia sebuah Negara Islam contoh ini.
Waktu kerja tetap sama.
Jam 0800 pagi ..kita umat islam mesti punch kad. Masuk kerja.
Bayangkan mak chik mak chik baru bersahur ..
pening kepala mereka. Uruskan anak anak ke sekolah,
seterika baju suami lah, kemas kemas dapurlah ..
rush ke sekolah dengan keadaan pening, tak cukup tidur.
Kesannya.. ada berlaku tragedy.
Kemalangan jiwa .. di jalanraya lah,
masuk parit lah ..
maklumlah pemandu tak cukup rehat.
–
Kita bukan Robocop tau?
ingat tu.
Sayangi lah diri anda.
Klau nak beribadat 100% puasa pun
ingat Negara ini secular
kita diminta berlumba dengan kaum lain -cina dan india.
kalau main bola di masa kita berpuasa
Ronaldinho , Ronaldo ..pun boleh jadi maut.
Mengapa?
badan mana boleh berlari .. berkilometer jauhnya atas padang yang bodoh .. tanpa minum air.
Betul tak?
Prestasi saya .. sangat rendah pada bulan puasa.
Maaf begitulah hakikatnya. Saya bercakap benar. Kalau kita pergi ke surau politeknik, sekolah, KK ramai staf tidor waktu tengah hari sebelum zohor. Best? Itu staf lelaki. Tak tahu pula staf perempuan. Mungkin mereka ke pasar kot.
Banyak riwayat dalam kitab kitab agama .. peperengan besar islam dengan kafir berlaku waktu ramadhan. Orang islam menang. Why? penulisnya dari orang orang islam.
SEkarang jika berperang..saya lah orang paling awal shahid.
Mengapa?
kalau tak shahid awal pun
jangan risau ..lama lama bila berperang ..kita shahid juga. Baik shahid awal lah. Cepat sedikit masuk syorga! Alhamdulilah.
tak larat nak pikul pedang dan tombak itu dan ini.
Cubalah .. berat nak mampus ..senjata senjata yg digunakan oleh pahlawan islam Sayiddina Khalid Al Walid itu.
Sebagai rumusan,
waktu rehat eloklah kita berehat.
Waktu Ramadhan ini pun , eloklah berehat.
JIka saya dilantik PM
saya kasi 2 bulan rakyat di sini berehat.
BUlan pertama ramadhan ..all rehat.
Bulan kedua ..syawal ..rehat juga supaya .. boleh beraya di seluruh kampong halaman, Bandar, negeri dan Negara tetapi
selepas rehat ..
waktu kerja .. bermula jam 0730 pagi dan pulang opis jam 0800 malam.
mau tak?
Sekian.
Allah Taala sayang kita jika kita ikhlas dalam semua ibadat kita.
Jangan berlakon. Jika penat , tidorlah.
Tak payah bergegas gegas ke sekolah. Bahaya! (bahaya kepada orang lain di jalan raya itu).
Wasalam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/05/rehat.html