rekod


Update terakhir:

salam

Seminggu dua ini saya duk asyik perhatikan statistik blog ini.

Saya dapati ramai penduduk dari negara Israel, Germany, RUSSIA dan Amerika mengikuti penulisan-penulisan terkandung di dalam blog yang tidak seperti ini.

Antara tulisan yg sedang dibaca dan dirujuk ialah ‘Chapter 5 - Discussion chapter’ dan Chapter 6 Concluding Chapter untuk pengajian peringkat doktor falsafah.  Sub bidang Komputer, matematika  dalam pendidikan.  Setakat ini, penulisan itu tidak berapa popular maklumlah ..mana nak sedap membaca tentang penyelidikan dibandingkan dengan dunia gosip dan haru biru rumah tangga artis artis tanah air.

Syukurlah ..  dari nikmat tuhan kepada saya, dapatlah juga saya sumbangkan apa yang ada dlm dada saya  kepada manusia manusia di hujung hujung dunia sebelah sana. Alhamdulilah 3X.

Tuhan Maha Kaya.

Dulu kita merujuk kepada mahaguru mahaguru sana ..  mungkin sekarang boleh jadi ..  berkat dan ikhsan Allah ..  orang lain pakat pakat melihat penulisan kita pula.  Betullah orang tua pernah berpesan ..tak cuba kita tak akan tahu.

  1. Mengambil sempena perkara ini, saya akan menganjurkan satu bengkel penulisan akademik di Pulau Pinang  pada awal bulan hadapan.  Murah jer kos penyertaan sekitar RM50 - RM100 bagi setiap peserta.  Jemput datanglah.

Sekian.
Terima kasih.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/01/rekod.html