respect dihormati


Update terakhir:

Salam

Tadi terbaca sesuatu dari akhbar di Besut, Terengganu. BN mengadakan program besar besaran .. menerangkan perkara benar kpd rakyat Besut.  Akhirnya
PM kita mahu dunia luar menghormati kita mulai sekarang.

Saya tersenyum kambing jer bila membaca keratan akhbar itu.  He..he..he

Mengapa?
Mengikut ilmu psychology
Respect perlu dibina bukan diminta minta dari pihak luar.
Entahlah PM ini.  Tiba tiba nak orang respect kat dia pulak.

Macam mana orang luar nak respect kat kita?

  1.  Depa boros berbelanja
  2.  Isterinya  boros.  Ingat aset negara semua mak bapak dia punya.
  3.  Anak tirinya boros dan tak senonoh melalui filemnya di Amerika.  Orang bagus lain tajuk filemnya.  Semua dari didikan mak ayah.
  4.  Matawang kita jatuh dgn Thailand, Indonesia
  5.  Terlampau ramai org asing mencari makan di negara kita.  Banyak implikasi.  Mungkin skil kita tak setanding dgn orang asing seperti Indonesia dalam membina bangunan pencakar langit.
  6.  Rakyat ramai menderita.  Dari graduan yg belum berjaya mendapat sebarang pekerjaan hinggalah mereka yg dibuang dari kilang, industri dan banyak organisasi pada 2 tahun kebelakangan ini
  7.  Bila rakyat susah mereka akan menyumpah habis habisan.  Org menyumpah itu ini ..masin juga mulut mereka terutama dari Kelantan bersama sama dgn nate beruknya.
  8.  Kes 2.6 Bilion RM derma yg PM masukkannya terus ke dalam akaun peribadinya
    banyak membakar hati semua rakyat jelata. Ikut lazimnya , jika seorang guru menerima wang luar ..dia kena memaklumkan kpd pihak atasan.  Kalau tidak, dia dibuang kerja.  Sebab perkara inilah mantan TPM Tan Sri Muhyideen Yasin dipecat dari kabinet.  Kasihan.
  9.  Banyak rasuah berlaku di bawah pentadbiran PM.  Bagaimana tu?
  10.  Sila bungkus lah PM.  Lebih selamat. In sya Allah.

Gitulah dahulu.

Wasallam

P/s
Aku nak berdoa ptg ptg ni
Minta Allah tunjuk perkara yg benar. Ameen.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/04/respect-menghormati.html