rezeki itu ialah ..
Salam
Selalu org org sebut perkataan ‘rezeki’.
Apakah maksud rezeki ini? Adakah dia sejenis perabut, seluar atau kepala batu lesung di rumah nenek di sudut dapurnya?
Rezeki adalah .. hadiah dari tuhan Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi.
Dia control semua ini. Daun daun hijuan yg gugur ke bumi pun dia control. Ulat makan dalam batu di satu padang gersang pun .. Allah control. Bahkan idea yg ada dlm otak penulis ini pun rezeki. Dia control semua ini. Dia beri dan dia boleh cabut rezeki ini bila bila masa.
- Contoh rezeki:
2.1 kawin dgn anak org kaya .. ini pun rezeki.
2.2 baru grad overseas dah dapat jadi CEO .. ini pun rezeki .. bila dah khawin dgn anak org kaya .. kita menantunya. Dilantiknya kita jadi ‘chief everything officer’ termasuk hantar dan ambik anak dari tadika ..semua kita kena buat. Upah? CEO! rezeki
2.3 sihat tubuh badan ..rezeki
2.4 ada gigi lagi ..ini pun rezeki
2.5 pinang orang bila umur 60 ..tiba tiba diterima .. ini pun rezeki
2.6 ramai kawan ..ini rezeki
2.7 cakap banyak, ramai pendengar ..ini pun rezeki ..kerana idea ini cukup bagus ..semua orang nak dengar .. ini rezeki dari tuhan
2.8 boleh buang air kecil dan besar dgn baik / lawas ..ini rezeki tuan. Pernah rakam wajah org sembelit ? lihatlah betapa azab bila nikmat buang air besar dicabut oleh tuhan
2.9 dapat anak dan anak lagi dan lagi walaupun si ayah dah 5, 6 series / ini rezeki
2.10 panjang umur ..ini pun rezeki
2.11 kawin ..panjang tempoh perkhawinan ..ini pun rezeki/ kalau bercerai = tak ada rezeki lagi?
2.12 sakit - sembuh - sakit - sembuh —-> rezeki ada pada penunggu mu di ward hospital
Pendek kata .. tuhan memberikan kita rezeki .. tanpa putus putus. Org kafir dia berikan rezeki ..org beriman pun dia beri rezeki ..tak putus putus rezeki dicurahkan. Tak habis khazanah tuhan .. mencurah curah rezekiNYA turun pada makhlok nya … dengan sifat ikhsan dan sayangnya pd makhlok ciptaan nya .
Sebaik baik ciptaan ialah manusia.
Disebabkan dia sayang kpd kita, dia turunkan nabi nabi dan rasul rasul termasuk Nbi Muhammad s.a.w. Mereka membantu kita memberi risalah dan peringatan supaya kita selalu ingat siapa kita dan siapa khaliq kita itu Allah Subhanawa taala.
Nak berjaya senang jer .. taat perintah tuhan dan jauhi dari larangannya. Nak tahu lebih ..gi lah tadah telinga tu do masjid dan surau surau berdekatan. Bantu jamaah dakwah tabligh .. jgn cemuh mereka. Bila ada orang yg buat kerja agama .. Allah akan membantu satu kampung itu. Percayalah.
Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbb
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/01/rezeki-itu-ialah.html