Riak riak riak
Salam
Beberapa hari yang lalu
Sahabat baik saya ada berkunjung ke rumahku. Dia seorang penulis tersohor dengan Dewan Bahasa Pustaka. Baharudin Manan. Novel novelnya bnyk menggondol hadiah seksyen remaja. Banyak kali tulisannya diterbitkan oleh BH dan mcm mcm majalah. Syukurlah ini rezekinya dan rezekiku juga.
Aghh..kami sekelas sejak Tingkatan 3,4,5 dan 6. Perkara membezakan kami ialah beliau seorang Ketua Pelajar satu masa yg lalu. Saya? Seorang pelajar biasa yg perlu diawasi. Ha..ha..ha..
Banyak benda kami bercerita.
Sambil bercerita , kami ketawa. He he he.
Sambil itu, kami minum dan makan hasil masakan isteri di dapur.
Salah satu perkara yg disentuh ialah
Riak. Menunjuk nunjuk sesuatu kepada orang lain.
Dia menyebut satu hadith mahfumnya berbunyi begini:
Orang yg ada satu titik riak
Amalannya ditolak oleh Allah.
Aduhai.
- riak kerana
2.1 cantik, bagus kulitnya
2.2 berilmu, bagus hasil nukilannya
2.3 pangkat dan darjat, tinggi kedudukannya dalam hieraki perkhidmatan
2.4 berharta bertimbun timbun banyaknya
2.5 ramai anak cucu
2.6 besar tanah kebunnya
2.7 ramai isteri ( melayu 2, indon 1 dan kemboja 1)
2.8 sembhyang tahajud jam 300 pg , cerita kat orang
dan banyak lagi.
- susah nak lari dari unsur riak, bukan? Mengapa?
ada media sosial
facebook, twitter dan instantgram
Dapat menantu dari Russia, tunjuk
dapat cucu lahir di England, tunjuk
dapat degrees Amerika, tunjuk
dapat jam Omega , tunjuk
buat bisnes di rumah, tunjuk sampul poslaju dari lantai ke bumbung rumah
mati, tunjuk
aduhai.
Begitulah abang.
begitulah kak.
Apa nak dikata ? ( ito, blues gang).
sila beri komen abang, kakak dan adik yg budiman.
Sekian.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/01/riak-riak-riak.html