RIBA - jauhi RIBA INTEREST - haram berperang dgn Allah


Update terakhir:

Salam.

Alhamdulilah saya terpanggil untuk menyertai satu seminar ISLAM - topik RIBA dalam kehidupan kita. Diadakan di UTHM / DTII/Jumaat 30 Julai 2010. Selalunya saya tidak pernah stay hingga habis mana-mana ceramah yg diadakan tetapi kali ini alhamdulilah saya tunggu hingga selesai ceramah dijalankan. Alhamdulilah. Saya sangat gembira kerana:

a) Penceramah - terbaik. Sehingga hari ini saya tidak pernah mendengar satu ceramah yang sehebat ini. Cukup menakutkan ayat AlBaqarah 286 - 289.

b) Rumusan yang dapat ialah - ada empat perkara pokok sahaja.

Pertama: mukmin ialah muslim tetapi muslim tidak semestinya mukmin. Sebab itulah kita susah sangat nak ikut ajaran nabi kita Muhammad s.a.w. walaupun kita percaya apa yang dicakapkan olehnya adalah benar belaka. Kita kurang yakin kepada perintah dan janji Allah. yakin adalah sifat iman bagi orang2 mukmin sahaja. Bukan muslim …. saya ulang sekali lagi .. mukmin ialah muslim // tetapi muslim bukan semestinya mukmin.

Kedua: Bank Muamalat menjalankan perniagaan bukan pinjaman. Personal Loan/ Personal Financing tidak ada di dalam sistem Bank Mualamat. If ada .. beritahu dia .. dia kan sekeh kepala pegawai bank dia (ketawa).

Ketiga: Jika kita makan riba.. kita seakan-akan telah berzina dgn ibu kita sendiri 36 kali. Bayangkanlah! Zina membawa diri kita ke neraka dan berzina dengan ibu sendiri akan membawa kita ke neraka … 36 kali (kedalaman) api neraka. Api neraka warna biru adalah yang terendah darjah kepanasannya tetapi api neraka berwarna hitam pekat … entah berapa tinggi tahap kepanasan yang disediakan oleh Allah untuk kita yang mana siang dan malam kita sentiasa bergelumang dengan riba dari card credit minyak/ card credit shopping /card credit Air Asia/ card credit HOTEL SRI MALAYSIA …. car loan/ housing loan/ garage loan/ extension dapur loan/ perabut loan / … jgn lupa wahai teman // ‘loan’ tempat di mana dimasukkan jenazah mu nanti semasa kamu dibawa ke tanah pusara.

Keempat: mathematics Allah Taala. 1 - 1 = 10; 1-1 = 70; 1-1 = 700. Never 1 - 1 = 0. Never RUGI dengan Allah. Buatlah perniagaan dengan Allah yang Esa. ganjarannya Syurga!

Ini semua bergantung kepada keikhlasan. Semakin tinggi ikhlas kita , semakin tinggi ganjaran dari Allah kepada apa-apa amalan kita. Tetapi untuk mendapat ikhlas bukan sesuatu yang senang. Si pemidato hebat pasal ikhlas pun tidak semestinya .. mempunyai ikhlas yang tulen. OLeh itu , sama-sama lah kita doakan semuga semakin banyak umur kita ..semakin ikhlas lah kita pada Allah yang Maha Esa.
Saya rasa pembacaan Al Quraan si penceramah adalah bagus dan sedap didengar kerana suaranya keras dan kadang-kadang memukaukan. Harapan saya .. beliau pulang dari UTHM dengan rasa puas dengan keikhlasan hanya pada Allah yang maha esa.

Terima kasih saudara penceramah. Muga-muga Allah membantu kita mengelak dari RIBA/interest wang, pinjaman wang dari along dan bank-bank conventionals.

Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2010/07/riba-jauhi-riba-interest-haram.html