Rohani dan jasmani


Update terakhir:

Salam

Banyak tempat dalam majalah islam , penulis penulis artikel menggunakan istilah keramat ini ‘jasmani dan rohani’.  Fahamkah kita maksud istilah ini?


Hari ni nak tulis ..mengenai jasmani =  badan , struktur tubuh badan yg kasar ini.

Jaga jasmani maknanya ..jagalah kesihatan badan anda.
Cara:   buat latihan ringan dan berat.  Latihan ringan seperti menyangkul di belakang rumah sekadar berpeluh ringgan ringan dah lah selepas solat asar tiap tiap hari.

Latihan berat =  angkat benda berat seperti tolong angkat kereta orang yg terjatuh ke dalam parit disebelah rumah kita.  Cara angkat ialah -  pandai-pandailah ..  kalau cara org org zaman purba mereka menggunakan tenaga kederat ..silap silap patah pinggang kita ..wahai teman.  kadang-kadang ada orang selepas jasmani berat dia pun terus jalan ..meninggal dunia yg sementara ini.  Oleh itu ,  jaga dirilah tuan/puan.  Jangan bersungguh sungguh hati sangat mengangkat benda benda berat ini.  Sebelum angkat kereta yg berat itu ..cuba angkat isteri mu di rumah.  kalau tak larat angkat dinda yg solid molid itu ..jangan cuba angkat kereta Ford Telstar yg tersilap masuk longkang kat rumah kita.  Nanti .. janda kita dikhuatiri ..  menjadi idaman duda tua di kampung kita juga.

ROHANI?

Nama Rohani ialah nama orang melayu //gadis melayu.  Belum pernah lagi saya terjumpa minah bangla , india bernama ROHANI.  Cuba google tuan hamba.

Rohani ialah ..  ilmu bathin.  Spiritual manusia.  Ilmu dalaman manusia.  Jiwa jiwang manusia.

Nak belajar ilmu rohani ..  kena belajar dari peringkat rendah sampailah ke tua.  Jangan terburu buru mengejar ilmu rohani ini.  Saya tahu ..ustaz ustaz ,,ramai yg belajar ilmu ini sampai berumur 40 tahun di Mesir, Jordan, Syria, Mekah .. baru terjumpa ..  Rohani Bte Man.  Perempuan melayu jati.  Maknanya baru mereka mendirikan rumah tangga.

Lambat dia jumpa ..Rohani bte Man ini.  Why?  mereka bukan ahli tackle mentackle wanita.  Ilmu tackling , geletek …banyak di London jer.  (ketawa)

Ilmu rohani = ilmu ketuhanan.  Ada 20 sifat tuhan Allah Robulalameen.  Saya tak nak bincang sifat sifat ini maklumlah ..  dulu masa tahun 1960 - 1970’an ..saya selalu kena sebat/rotan/belasah  ..bila belajar ilmu rohani ini.  Salah satu ilmu kerohanian ialah kesabaran.  Saya dah sabar benar dah .. sebab itu ..walaupun saya dirotan bertubi tubi kali oleh ustaz ustaz .. saya masih maintain gred A1 dalam subjek agama islam di peringkat PMR dan SPM.   kalau ada subjek itu di peringkat GCE “A” :Levels  di Grantham, Lincns ..pun saya rasa .. dapat A1 jugak  insyallah.  Senang ..jer .. banyak cerita ceriti sejarah pasal tamadun islam, perbandingan agama  islam dengan agama agama lain.  Banyak berkenaan skil menghafal sahaja.  Alhamdulilah ..   saya ada memori positiif hafalan.  (kacang).  Anugerah tuhan.  What to do?

saya ada sepupu.  Arwah dah pun dia. Dia belajar ilmu kerohanian dengan pak guru silat harimau dari Indonesia.

Disebabkan ..dia join kelas ini after MCE/SPM ..  otak dia ..  tiba tiba kena karen.  Syok/ short circuited!

Itulah saya selalu nasihat orang orang mcm saya ..berrpendidikan barat/ mat salleh ..  berhati hatilah ..  jika mahu menghampiri dunia rohani dan jasmani ini.

mula mula ..cuba solat dahulu.  Maintain  5 kali sehari dulu.

Lepas itu solat kat masjid .. 40 waktu/ 8 hari  tanpa berhenti.  Boleh u?

kalu tak boleh .. kena ikut jamaah tabligh lah .. mereka ada sediakan silibus 3 hari, 10 hari dan 40 hari ..  keluar dakwah jauh jauh.  Pusat Pendaftaran Sri Petaling Kuala Lumpur.  Budget RM50 untuk 3 hari;  RM150 untuk 10 hari dan RM400 untuk 40 hari. Murah jer.  Why duit itu?  nak makan ..lah.  Kalau tengok bola TRW membelasah JDT  6 - 1 pun kita gunakan duit .. apatah lagi kita nak belajar ilmu rohani.  Kita belajar ilmu rohani untuk mendekati / mengenali sifat sifat Allah yg teragung dan terpuji.  Insyalalh berjaya tuan / berjaya.

Insyallah ..  slow slow ..kita akan faham ilmu kerohanian itu.  Insyallah.

Sekian sumbangan  dari saya untuk kali ini. Saya nak join Sri Petaling after this.  Ilmu rohani saya semakin tumpul ..asyik percaya dengan kuasa duit RM, USA dollar jer ..kurang sangat ingat kpd kekuasaan tuhan Allah Robulaalameen ygt sponsor nyawa saya dan tuan hamba FOC.  Tuan bagaimana?

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/10/rohani-dan-jasmani.html