sakit jantung


Update terakhir:

Salam

Malam tadi ..ada bekas pelajar saya ..menghantar flyers pasal masalah jantung.

1 dari 3 orang yg mati di hospital di Malaysia ..adalah mangsa serangan jantung.  Arwah ayah ..pun meninggal kerana jantung.  arwah Nenek saya pun begitu juga.  Al Fatihah.

  1.  Mengapa masalah jantung?

2.l makan minum yg tak sihat - kolesterol tinggi
2.2 tekanan darah tinggi 150/100
2.3  cara hidup tak sihat - seperti merokok dan mandi di tengah tengah malam dan tak mahu tidor waktu mana langit gelap gelita.
2.4 suka berhutang dgn ‘ceti’ dan bank bank tersohor
2.5 fikir bukan-bukan seperti berhajat sangat nak jadi Perdana Menteri

  1.  Nak atasi tak?

ubah cara hidup ini seperti :

3.1  makan ala kadar jer ..pergi kenduri .. jamah jamah nasi jer ..  jgn try  makan ..lauk pauk nya ..banyak minyak, daging kambing, kolestero tinggi dan mcm mcm… makan sayur atau ulam. Bayangkan nasi minyak dengan ulam jer - petai dan sambal belachan.  Boleh kau?

3.2  tidur awal .. seperti jam 0930 mlm dahh tidor ..dan bangun solat tahajud jam 430 pagi ..mintak tekanan darah turun sikit sikit dari pencipta jantung kita itu lah - Allah Taala

3.3  jangan merokok / berhenti merokok

3.4 kirim salam warung 25 jam - mamak corner - roti canai, tandori dan mcm mcm ..berminyak lor

3.5 waktu malam tidor selena-lenanya (minus pumping jika boleh) ..waktu siang ..jom kita pergi kerja.

3.6 hantar anak nursery waktu malam ..kenapa?  Kita nak tidor aman dan selesa dgn partner kita.  So anak kena pergi nursery 2 kali setiap hari ..mengapa zalim ? supaya ayah terus ada di sisi mu terutama time konvokesyen bulan Oktober nanti.  Anakanda faham tak?

3.7 hidup berpada pada.  hidup sederhana.  Jgn berlebih lebih. Jangan ikut stail hidup orang lain .. depa khawin dengan janda kaya.  So ..cara larian mereka berbezalah ..dgn kita .. di mana mak mertua/ pak mertua , adik adik ipar ..mungkin semua mengharapkan kita dlm bnyk hal hal kehidupan. Tak apa ..insan  ..berhati mulia dan waja ..tak kisah itu semua. Teruskan berlari dgn jantung asli yg tuhan kasi pinjam itu.  Janji syurga bukan?

3.8 berkawanlah dgn orang semua peringkat terutama di kampung kita sendiri.  Stress pun kurang … bersyukur kita ada pekerjaan, ada famili, kereta tak meletup apa apa waktu nak g bekerja dan .. orang lain asyik senyum jer kat kita ..  apa lagi kau mahu?

Insyallah …jika kita ubah stail hidup .. jantung kita boleh terus bertahan lama dan terus berfungsi .. dalam satu tempoh piawai (Sirim).

Try ok?

Sekian.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/08/sakit-jantung.html