Sakit perutnya
Salam.
Hari ni .. alhamdulilah ..anak dapat 9A PMR. Dengar 30000 calon dapat semua A’s kali ini. Dan jgn lupa 300 calon dapat semua E’s (gagal). Mungkin tidak boleh membaca sikit abuk pun.
- Jika biasiswa JPA dan lain-lain adalah sebanyak 1000 sahaja ini bermakna … peluang anak saya mendapat anugerah biasiswa adalah 1000/ 30000 = 1/30 = 0.03
Ini bermakna bahawa .. hanya 3 calon sahaja dari 100 orang calon yang memperolehi straight A’s dalam SPM kelak tahun 2012/13 berpeluang ditaja oleh pihak kerajaan BN/ non BN. Selebihnya pakai duit FAMA (father n mather lah). Apa boleh buat kan?
- Tetapi hari ini sepanjang hari .. Tuhan memberi saya dugaan. Perut saya sangat sakitlah. Apakah sebab-sebabnya hah?
3.1 makan banyak kah ?
3.2 makan di luar waktu normal manusia lain makan kah?
3.3 tidak memakan makanan yang berkhasiat kah ?
3.4 terlalu banyak makan pedas (berlada) kah?
3.5 bagaimana dengan bugger yang awak makan semalam ? mungkin .. adush sakitnya. Tidak larat nak duduk di kerusi opis ni.
Gitulah .. nasib kita .. bila perut dah sakit. Mengikut hadith-hadith Nabi .. bila sakit / banyakkan solat sunnat dan nafil .. ada ubatnya di sebalik solat ini. Ok lah .. nak buat lah ni. Adush. Ingat nak beli susu segarlah. Org pandai kata ..susu .. neurtralize asid di dalam perut kita. Yer ka tuan?
Sekian. Pagi happy gila anak dapat 9A ..ptg ptg .. sakit perut pulak. Inilah dugaan Allah kepada kita umat Nabi Muhammad s.a.w.
Wa llahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2010/12/sakit-perutnya.html