satu kelainan
Salam
Insya allah esok jika ada rezeki, aku diamanahkan memberi taklimat berkaitan trend dan isu dalam dunia pendidikan matematik.
Selalunya aku tekan pengurbanan orang orang Arab, Greek, Eropah dan India yang menerajui perkembangan pendidikan matematik sedunia. Bila di
Lihat balik ke belakang …apakah faedah itu semua?
Esok aku akan buat sesuatu yg lain. Insya allah.
Pertama, cerita sumbangan pakar matematik malaysia, indonesia, brunei sudahlah.
Kedua, aku nak perdengarkan ayat ayat suci al quraan kepada para peserta 70 orang dari negara SEAMEO. Malaysia, Brunei Darul Salam, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, Laos PDR, myngmar, Timur Leste ..11 semuanya.
Mengapa?
Kerana ..dengan cara itu barulah kita ada kekuatan mental fizikal dan rohani dalam membicarakan perkara kesukaan kita semua.
Ingat nak mengajar dalam B.M sahaja. Aku hendak sangat cerita pasal prof mustapa mad deris dari umt dan uthm.
he..he..he.. nak bilang prof zarar juga. Ahli matematik juga. Kalau tidak kita ceritakan, siapa lagi mahu ceritakan insan insan mulia kebanggaan negara. Nak cerita Prof Shahril UPM orang kelate kito.
Profesor Nik Aziz Nik Pa ..orang kito juga. Begitulah .,niat hati suci aku. Dari Indonesia Jogjakarta Dr Tutut Herawan ..ok kot?
Apalag gunanya menceritakan sehingga berbuih mulut pasal Piaget, Thorndike, Bruner …
baik kita bercerita al Khawarizmi,al Farabi, al Razi, Ibnu Sina dan ib Bududi bukan?
Kasi pakar vietnam, mynmar , thailand terlopong agak agak lama
Memikirkan apa si mat kelate .. bercakap ini today?
Aku juga akan menyentuh tentang peranan bahasa ibunda sendiri dan PdP matematik di sekolah, kolej dan universiti.
Tengoklah ..apakah respons mereka esok?
Highlight terbesar ialah ..memperdengarkan ayat suci Al-Quraan kpd peserta peserta ini. Saya akan tekankan ..tidakkah kau memahaminya? ….kalau aku dengar pesan nabi itu, tidak akan jadi begini hidupku di neraka ini, ., did you not see?
semua ini terjemahan al Quraan. The Miracle.
- Tadi saya ada menyebut pasal … “insya allah”.
Maknanya jika Allah izinkan kepada kita.
Kita kena guna istilah ini selalu selalu.
Kita beli ikan insya allah petang nanti kita makan sama sama dengan anak anak.
Kita bina rumah besar cantik ratusan ribu RM ..insya allah nanti kita tinggal di situ sejurus selepas saya bersara ok sayang?
Ada orang bina rumah mahal mahal kan……n
tiba tiba dia mati.
maka rumahnya orang orang lain lah yg akan merasa.
isteri mudanya pun …orang lain pula yang akan merasai nikmat rumah baru dan pencen si mati.
Sebab itu dalam banyak perkara, sandarkanlah aktivitas itu dengan insya allah.
Sekian.
Yang baik dari Allah
Yg tak bagus, kelemahan saya lah itu.
p/s: syukur ..successfully done. I read the Al Quran. Alhamdulilah in front of my particiapants from many countries.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/04/satu-kelainan.html