Satu kepala
Salam.
Semua orang suka mencari pasangan hidup yg berbentuk ‘satu kepala’ Sehati sejiwa. Betul kan?
Mengapa?
a) senang nak berbincang-bincang pasal ekonomi mikro dan makro; fesyen; sukan; makan minum; amalan agama; jogging; iPhone; shopping bila dan lain-lainlah
b) senang mcm mcm lahhh
He..he..he..
Tetapi .. saya perhatikan orang telah bersatu dengan falsafah ‘satu kepala’ pun berhadapan dengan berbagai-bagai masalah.
Tak percaya ..jom kita pergi majlis agama (klebex fail fail) ..tanya mereka mengapa rumah tangga ..ada yg runtuh 1, 2 , 3, … 40 tahun pun walaupun hari itu mereka belajar satu fakulti, satu universiti, satu zaman dan satu negeri. Di kampung orang tuaku , orang orang tua ..suka sangat pasangan datang dari satu kampung, satu warna parti , satu negeri .. …
Kasihan?
Ada orang bertanya saya .. apa pendapat prof?
Saya pun bercakaplah dengan nada begini .. aku belajar sains dahulu ..jika A charge negatif , dan B charge positif … AB saling melekat macam anjing-anjing liar di stesyen bas sentral Seremban. Mereka tak leh pergi ke mana-mana sudah. Mereka saling tertarik, menarik antara satu sama lain. Jika semua orang satu kepala , mereka mempunyai ‘charge positif ' yg sama. Oleh itu .. mereka saling dan senang sangat bergaduh/ repel/ reject. Entahlah ..falsafah sains ini betul atau tidak. Aku pun tak pasti.
Jom kita tengok pasal negara kita tercinta
Semua menteri BN satu kepala. Menteri yang berlainan kepala ..dicantas awal awal lagi. Tengok nasib mantan Timbalan Perdana Menteri kita dari parlimen Muar/Segamat itu. Kasihannnn..
Hasil satu kepala .. ekonomi kita tak lah sekukuh mana pun. Walaupun, fundamentals ekonomi kita kukuh , harga matawang ringgit kita sedang mengalami saat merundum. Jatuh dan jatuh. Kos hidup meninggi. Dulu RM100 boleh beli mcm mcm ..di Tesco ..sekarang RM300 - RM400 pun tidak nampak pun raga TESCO dipenuhkan sudah.
Ada rakan sejawat saya dari Filipina mengadu secara tidak langsung .. setiap kali gaji ..setiap kali dia rugi 1000 - 1500 rm ..kerana mata wang kita kalah dengan Piso filipino. Susah untuk dia membayar hutang bank - loan rumah di Manila. Mungkin dia sedang berfikir untuk pulang sahaja ke negara asalnya sahaja.
Macammana itu? Satu kepala.
He..he..he..
yang aku tahu lagi ialah ..
kita kena cari partner yg besarkan tuhan. Takut mengenai azab Allah .. bila ini ada ..kes menipu dan rasuah ..tidak akan berlaku bukan sahaja dalam kalangan menteri-menteri, tok wakil tok wakil, bahkan dalam kalangan askar askar di Lumut, Perak pun .. tiada.
Dasyat!
Setiap kali kes mahkamah yg besar besar berlaku ..ramai yg kena tahan adalah orang orang satu kepala. Muslim, muslimat?
Beginikah cara - satu kepala ini? Mimbar jumaat mengajak kita bertakwa. Tingkatkan ketakwaan kita semua. Bagaimana ? tak cakap pun ..cara - menjauhkan maksiat dan menghampiri majlis agama berkali-kali. Bawalah partner bersama-sama.
Sekian. Boleh direnung-renungkan oleh kita semua sambil minum air kopi panas di Sri Gading - warung Hj Mat roti canai.
Wallahu aklam bis sawab.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/11/satu-kepala.html