satu tempoh masa


Update terakhir:

Salam

Sebagai guru kita telah diberikan peluang mengajar di sesebuah institusi dipanggil sekolah, politeknik, kolej komuniti atau universiti.  Jika kita dilantik sebagai guru pada 1980 dan pencen pada tahun 2014 ..maka 34 tahun kita mengajar itu dipanggil ‘satu tempoh masa’.

Lama bukan?

Dalam tempoh itu Allah beri kita peluang berkhidmat kpd masyarakat - murid, ibu bapa dan guru guru lain.  Jika kita merupakan orang yang ada amanah ..maka tempoh masa tersebut akan membawa ..  keredhaan dari Allah.

Dalam tempoh ini, kita

  1. mengajar
  2. membimbiing
  3. menunjukkan contoh baik/ kurang mengenakan (seperti merokok, menyumpah pelajar)
  4. .. macam macam lagi

Jika kita diberikan amanah sebagai pengetua sekolah ..tempoh masa tersebut telah diisikan dengan:

  1.  pentadbiran
  2.  pengurusan
  3.  bimbingan kpd guru guru muda di bawah kita
  4.  HITLER?

itu semua skema ..

tetapi tidak semena-mena ..ada guru yg berada pada hari terakhir bertugas ..  dia tiba tiba menangis di atas pentas . Mengapa?

Kalau dia ..telah memberi perkhidmatan terbaik kpd orang orang yg di bawah tanggungjawabnya .. mengapa pulak cikgu menangis ..?

Dia menangis kerana ..dia sedar ..bahawa dalam tempoh 34 tahun di atas .. mungkin dia telah ..  menzalimi pelajar.  Dia tak masuk kelas.  Dia tidak memeriksa buku latihan pelajar-pelajarnya ..  dia tidak itu dan ini.  Kalau ditanya ..  mahukah cikgu ..jika tuhan kembalikan cikgu kepada zaman muda sekali lg di sekolah ini?  Saya percaya .. ramai guru guru pencen/ bakal pencen akan .. menjawab ..Mestilah!

Mengapa?  bila pencen - hilanglah status ‘pegawai’, hilanglah kawan-kawan bijak pandai mewarnai diri kita, hilang kawan -kawan kamching ke hulu ke hilir minum pagi di bawah pohon tembesu , baru terasa idea kita sudah tidak ‘berguna’ lagi ..  imej kita goyah, wajah kita cepatnya nampak TUA, warna rambut cepat memutih (uban) dan … aghhhhhhh..  dah pencen pun aku .. (bila melihat diri dari cermin di pagi pagi hari).


Dalam Al Quran ..  banyak kesah-kesah dipaparkan untuk kita pelajari, renungi ..orang orang yg menzalimi dirinya sendiri menangis meraung raung (Firaun di saat dia ditelan oleh Sungai Nile) ..  pada Allah agar ..mereka dikembalikan ke pentas dunia sekali lagi ..  tetapi ..Tuhan berfirman ..  tempoh masa itu sudah berlalu.

Begitu juga ..bila diri ini bergelar guru/ pensyarah/ pengetua/ pengarah/ menteri/ suami/ ayah/bonda  ini ..

gunakanlah satu tempoh masa ini secara terbaik.  Ini untuk kebahagiaan kita di dunia/ di akhirat jua.  Insya allah.


Dalam konteks inilah Allah berfirman  mahfumnya

“..Demi masa ..  (satu tempoh masa kehidupan kita sekalian)
sesungguhnya manusia ini keberadaan rugi
kecuali  orang orang beriman dan beramal soleh
orang yg mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kekufuran(maksiat)
dan  bersabar.”  Surah Asr.


Begitu juga zaman berumah tangga.  Kita diberikan cukup masa ..  bersama-sama, membesarkan anak-anak, mendidik anak anak biar menjadi anak anak solehin, mukminin, ..  dan macam macam peluang lagi .. Jadi gunakanlah tempoh masa ini dgn cermat.



Sekian.  Renungkanlah kita bersama-sama sebelum .. nyawa kita disentap oleh malaikat maut pada bila bila masa.
Wallahu aklam..  bis sawab.  Al Fatihah

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/08/satu-tempoh-masa.html