saya setuju
Salam
Saya bersetuju dengan beberapa perkara
- Gunakan bahasa melayu dengan baik
Jika ada istilah dalam bahasa melayu, gunakanlah.
Contoh. Penyelesaian. Buat apa disebut solusi.
Club, bukan kelab. Pasukan.
Relax. Releks. Bukan . Bukan. Tulis sahaja santai. Bersahaja.
Band. Tak payah. Kumpulan bukan kah bagus itu?
- Universiti tempatkan orang orang yg layak sudahlah.
Baik profesor, pentadbirnya ..pilihlah yg layak.
Pelajar pelajar baru pun sama.
Pilih pelajar yg betul betul layak bukankah bagus.
Baru boleh kita bertanding 1 lawan 1.
Kita tak mahu menjadi rakyat pandai memberi alasan sahaja.
Graduan univ singapura berada dalam kumpulan lain jika dibandingkan graduan dari universiti kita.
Betul tak?
Kalu pelajar layak berada di dalam kursus tertentu
Baru boleh diajar silibus seperti negara maju. Jika tidak banyak pembelian pukal pukal komputer ..tidak digunakan secara terbaik dalam bilik darjah, kuliah, makmal, pusat penyelidikan atau industri.
Jika tidak kita sekadar berpura pura tahu. Orang mengelar universiti kita U.s
universiti subsidi boleh, universiti syurga pun boleh.
Itulah dulu.
Lain kali saya sambung lagi.
Insya allah. Jangan marah. Kalau kita sakit jantung, maka doktor pakar berkata begitu. Kita marah kepadanya? Baru kita boleh hidup panjang dan bermutu. Terima sahaja teguran doktor pakar itu. Sudahlah. Ikut cadangan dia dlm merawat penyakit itu. Insya allah semua orang senang.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/10/saya-setuju.html