sebab
Salam
Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan binasa.
Sungguh tepat ..kata kata orang tua tua.
Tak boleh siapa siapa sangkalkan perkara di atas.
- Dalam komuniti melayu
Kita banyak berinteraksi antara satu sama lain di banyak tempat seperti majlis keraian, opis, pasar, sekolah, masjid dan sekarang di dalam media sosial.
Berinteraksi kita adalah melalui mulut dan bahasa tubuh masing masing.
Ungkapan paling best subhanallah, alhamdulilah dan Allahu akbar.
Selepas itu .. bertanya khabar?
Ada jawap ok. Ada jawap biasa biasa jer dan ada juga …over over. Bukan setakat menjawap soalan tadi tetapi ditambahkan cerita pula ..kakinya tergeliatkah, tangan dia terkena current letrik dan mcm mcm…
bila masuk medan makan minum
adalah mulut menyebut
‘.. hish bestnya satay..
ada tu
lemang pulak dah. Tak ada benda lain lagi ke ..mak jah.
ada pulak tu
ketupat ni basilah
kuahnya .. expired dah ni
dan mcm mcm lagi.
Semua datang dari mulut mulut manusia.
- tukang cakap sedap melepaskan komen
tukang masak ..mula bertukar wajah.
tadi happy
sekarang dah mula berkerut.
Mengapa?
Itu baru dua kumpulan manusia.
belum kita menyentuh tuan majlis
Dato’ Bentara Luar ke
adik ipar al Sultan ke ..
- orang cerdik
dia akan jaga mulutnya.
Bukan sekali
tetapi bnyk bnyk kali sepanjang hidupnya.
Mengapa?
4.1 nak panjang umurlah
4.2 nak murah rezekilah
4.3 kawan kawan , jiran jiran
4.4 imej peribadi masing masing
- bila orang sakit hati
mereka mula bergaduh.
Dulu anak anak bergaduh kes gelar mengelar di taman permainan.
Sekarang mak ayah pulak bergaduh.
kes ..komen kereta jiran sebelah.
Haik ..kata balik overseas
kelisa manual jer.
Anak org kampung aku .kerja PAR jer
Vios automatiklah.
Maka meletuplah satu pergaduhan.
ada yang tumbuk menumbuk.
patah gigi depan.
ada yg sepak menyepak.
kalau sepak bola ok jugaklah.
ini disepak telur org tua tu..
pecah dik.
pecah.
kasihan org tua prostat tu
makin meranalah org tua mulut celupar itu.
kadang kadang
sampai bunuh membunuh
racun meracun
main bom
aduhai
dashat manusia ini.
ada berakhir dgn cerai
ada berkesudahan dengan kerugian
dan macam msczm lagi.
kalau anakku membaca
jaga mulut mu itu.
Abah dah pesan diri sendiri
abah menambah sikit lagi ni.
jagalah mulut mu itu.
Pergi makan di majlis
makan diam diam
selepas itu
salam salam dan
terus jalan.
Ingat anak anakku
orang tak ingat kita pandai
orang tak ingat kita berjawatan
tapi orang akan ingat
tingkahlaku kita sampai bila bila hatta kita sudah lama dikuburkan.
Tingkah laku itu bermula dgn mulut mu itu.
jagalah.
Sekian.WASALLAM
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/07/sebab.html