sedap sikit hati nih


Update terakhir:

Salam

Cuti sekolah adalah masa terbaik untuk menziarahi keluarga. Org kata yang jauh kita dekatkan dan yg dekat kita mesrakan.

Hari ini kami jadi tuan rumah. Saudara saudara jauh dan dekat inging melawat kami.

Jadi bos, peranan saya ialah melawat a.t.m , tekan punat untuk keluarkan wang untuk menyediakan makanan dan mcm mcm lah.

Isteri saya ada peranan yg tersendiri. Tidak duduk diam dia. Sekejap ke dapur, sekejap ke tempat sofa, sekejap lg ke bilik bilik tidur tetamu dan mcm mcm.

Tengok kat dia, susah hati jugak saya. Kdg kdg sy tanya dia ..why cant u sit still. Relax. Sampailah mereka itu insya allah.

  1.  sepanjang hari saya duduk semak kertas kertas resit pebelanjaan sepanjang tahun. Ingat nak kawal sedikitlah cara pebelanjaan ini mengikut nasihat perdana menteri kita dan isterinya itu. Memanda kata ..berjimat cermat membawa bahagia.
    Bnyk juga masa ..tengok kpd resit resit itu ini.
    Di rumah ini, kerja cari duit terletak pd bahu dan batu kemala  patik 24/7.

Kalau kemas debit, kredit, balance sheet..semua org bahagia.

Jika tidak payah tuan hamba.
Cara begini tidak sama dgn org yg mana suami isteri kedua dua nya bekerja. Org kata ..mereka saling bantu membantu. Jika suami lemas dlm aspek kewangan, sang isteri cepat melontar tali dari kapalnya kepada suaminya yg lemas dlm air laut bergelora itu.

O ya..tak boleh dikupas lama lama mengenai perkara ini ..nanti isteri mesti terasa hati. Hati isteri wajib dijaga..hati suami ..siapa peduli,. Pandai pandailah.

, bila dia org nak sampai ni…' dah bnyk kali isteri bertanya. Matahari nak tenggelam dah ..saudara saudara belum sampai sampai lg.

Mulalah ..sy beri lecture.
Lecture pendek ..alright. tetapi aku inj pantang ..lecture sikit sikit.
Maklumlah .sudah 30 tahun ..jadi guru dari sekolah Tumpat hingga ke universiti Batu Pahat.

Wal hasil pendengar di rumah naik menyampah.

Ha ha ha.

Bagus jugak ..ada org nak melawat kami ini. Masakan di dapur tentu sedap dari biasa. Kalau hari biasa abah makan satu lauk kari dan kangkung belacan jer lah ..tetapi bila sedara dtg dari jauh..masakan penuh mejalah.

Si suami jika dpt isteri pandai masak ..inilah masa ..markah untuk famili bahagia akan naik ik mencacang. Tinggi gred skor

Saya senyum jer.
Begitulah sedikit sebanyak snap shot rumah kami ini. O yer..tak nampak semut se ekor pun di lantai. Why? Sudah 2 hari tunggu sedaranya dtg. Masya allah.
.jam dah 630ptg. Sedara sedara belum sampai lg. Aduhai.

Sekian. Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/12/jali-oh-jali.html