Sedekah itu duit sahajakah?


Update terakhir:

Salam

Mengikut pengamatan saya, ramai org dari bangsa melayu ku menyangka bahawa sedekah itu mesti berbentuk wang ringgit .. semakin banyak wang ..baguslah sedekah itu.

  1. Sebenarnya itu kesilapan yg besar. Ibu bapa yang mengharapkan tiap taip kali berjumpa dgn anak ..mesti beri mereka wang ..ini satu sebab ramai anak-anak tak nak pulang ke kampung halaman maklumlah zaman sekarang di ibu kota ..semua benda mahal dan terus mahal. Baik mak tak tahu mengapa aku tak pulang. Bisikan hati kecil anak anak di ibu kota METROPOLITAN. Sewa rumah di SEntul Timur rumah flat ala kondo satu rumah sewanya melebihi RM1200 dah. Mana lagi wang nak hantar kat mak ayah jika gaji anak hanya sekitar RM2000 jer. lain lah kalau cuba buat projek macam macam di KL.

  2. Sedekah ialah:

3.1 - pandang ibu ayah dan ayah ibu pun kena pandang dengan penuh perasaan rindu kerana lama dah tak berjumpa. Ikut kitab .. jika anak pandang ..ibu nya yg sudah tua dgn senyuman yg manis ..itu pun satu sedekah dan gugurlah dosa-dosa si anak tadi.

3.2 - bercakap dgn baik pun dgn mak ayah ..pun satu bentuk sedekah. Kalau kita anak ..untuk 15 minit pertama ..kasi chance lah mak dan ayahkau cakap apa apa yg dia nak cakapkan. After that ..keluarkan makan makanan yg kau beli dari kota tadi. Anggur, buah kiwi, sunkist, ribena, BUGGER, big john, sandwich .. reti ker mak ayah kau makan benda alah ini? he..he.. if tak ada pun keluarkan gula pasir 2 kilogra dan susu pekat dutch lady 2 tin .. tak apa kasi jer. Bukan sedekah lagi ker ini bu?

3.3 - bila anak cucu pulang..gi lah mak / nenek gi dapur wat air kopi panas tu. Lagi cepat kuar ..lagi bagus. Tak kan tak ada ubi kayu yg panas panas berserta dgn ikan kering bergaul dgn parut kelapa sikit sikit. Anak mu lapar ni. Sewa rumahRM1000 sebulan, insuran kereta RM678 sebulan ..baki gaji aku RM322 jer nak isi minyak, bayar tol, gi balik kota ke kampung ni .. berapa pulak…nak hulur kat mak ayah berapa pulak? adushhhh..
menantu kau tak kerja. Apa leh buat. Yg ada dgn menantu .. isi dalam perutnya dah lah. Kata doktor twins kali ini. So hujung tahun ini 2012 .. saya ada anak 5 lah ayah ibu. Nak hidup dgn RM322 berbaki tadi. Adush paham pahamlah mak ayah oooi. Nak gi sewa rumah lain kat melaka dan bekerja di PUDU Kuala Lumpur pagi pagi .. mana got road itu macam ibu ku ooi.. kasi mati cepatlah .. saya naik motorsikal saja lah ..

3.4 - makan semua makanan yg diangkat oleh ibu mu ..pun sudah sedekah kasi dia happy .. tanda kau suka lagi makan makanan yg makkau buat kat kampung ni jauh dari KL. he..he.. bila mak happy, ayah happy, anak anak semua happy, dan cucu mu happy ..bukan kah itu sedekah ..?

3.5 - bermalam lahdi kampung jali ooi. kasi mak ayah kau dengar tangisan cucu nyaitu. Suara tangisan anak dan cucu ..motivating jugak kpd mak ayah kau di kampung itu. Jgn tak bermalam . Esok kau nak pulan ke KL …pulanglah. Tetapi malam ini wajib tidur di rumah mak dan ayah kau.

3.6 esok ? dilema. Berapa nak kasi kat ibu ayah ini.

Duit baki ..dalam poket RM180 lagi dah. Nah mak dan ayah..RM100 ni. Ini jer saya mampu kasi mak dan ayah. Susah sikit kami ni.

Tak apa lah jali. Ini pun dah bagus. Terima ksih lah .. kau macam mana ..bila sampai ke KUMPUR dgn baki duit RM80 .. hari ni .. baru 8 haribulan. kau leh hidup ker?

Tak apa lah mak.. Allah Maha Kaya. TEtapi tengoklah .. kalau saya tak ada duit sangat saya nak mintakmak dan ayah ..hantar /pinjam / subsidi dulu ker .. RM500 boleh tak mak?

Mana aku nak cari jali?

Tak apa lah mak.Klau gitu kami balik dulu.

Tengok ..ini satu sketsa hidup org org kampung. Cakap elok elok antara mak ayah dan anak anak.. sure Tuhan akan tolong kita nya. KIta semua akan gembira.

  1. Ditakdirkan tuhan … jali dapat kerja sampingan. Jadi budak pos surat laju ke pejabat kawasan klang .. selepas waktu maghrib .. 5 hari seminggu. Upah RM600 jer sebulan.

Tengok Allah Maha kaya.

Jika kita bantu mak ayah kita .. sure Allahtolong kita dengan cara / jalan yg tak terpikir oleh kita. Alhamdulilah.

Objektif utama saya menulis ini ialah ..jom kita cakap elok elok dgn mak ayah di kampung. IKut celcom/ maxis pun cakapp slow slow dan manis manis dgn mak kita. Jom kita melawat mereka acap acap (selalu selalu). Ingat pesan Nabi. Buat baik kat ibu bapa walaupun mereka itu mahjusi/ kristian/ yahudi. Buat baiklah wahai anak2 ku di mana mana sahaja kau berada.

  1. Abah kerja guru seorang jer. Emak SRT jer. kau pun dah tahu bukan? Tetapi so far anak abah ..semua dpt biasiswa. Itulah tanda rezeki tuhan kpd abah dlm bentuk yg tidak terpikir oleh kita semua ..yg lemah ini. Kau belajar betul betul. Ikut suruhan tuhan ikut ajaran nabi muhammad s.a.w. Dapat jadi hamba Allah yg diredai olehnYA. Yakinlah ..kau akan berjaya anak-anak ku.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/02/sedekah-itu-duit-sahajakah.html