Sedikit panduan menghadhiri interview Hadiah Latihan Ph.D
Salam
Semasa saya sakit beberapa hari yg lalu, ada seorang bekas pelajar saya meminta ‘tips’ bagaimana menghadhiri interview di atas.
Secara simple berikut saya turunkan:
(i) pakai biar smart ( ber neck tie) dan berbaju kurung conventional/ tak yah pakai baju kurung ala MAS ( nampak peha ..haram bukan?)
(ii) bersiap sedia sedikit dengan benda-benda alah begini
2.1 objektif melakukan kajian pada peringkat Ph.D/ sarjana
2.2 literatur review - dulu saya kena soalan begini apakah perbezaan antara ‘computer based learning’; ' computer aided learning ‘; ‘computer management system’ dan macam macam lagilah. Ketua Panel Temuduga was mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki Doktor apa ..tahh …. wush his english was really gooood. Syukur saya dapat jawab ..dengan izin Allah
2.3 methodology/ mengapa cara begitu? ada apa apa sokongan berkenaan dengan pilihan kaedah tersebut
2.4 anda tahu SPSS ? apa beza quantitative data dan kualitatif data? berikan kami satu contoh data ordinal . Adakah gender data ordinal?
2.5 Sumbangan dari research ini .. apakah ia mampu sumbangkan untuk kemajuan Malaysia dan dunia? Secara dasar, panel interview akan bertanya berkenaan dengan ‘proposal’ yg telah anda kirimkan kpd pihak JPA/ IPTA bersama-sama dengan permohonan tersebut. Beri tumpuan kpd kertas proposal itu.
2.6 selepas tamat pengajian .. ke mana target anda? adakah anda akan berhijrah ke universiti tempatan. Mengapa?
2.7 sudahkah anda dapat tempat pengajian di luar negara tersebut/ minta tengok surat tawaran tersebut
2.8 sekarang GRED perjawatan anda?
2.9 sebutkan GRED tertinggi yg boleh anda capai selepas pengajian ini?
2.10 soalan soalan am seperti 1MDB; apa pandangan anda berkenaan dengan serangan mantan PM Tun Mahathir ke atas PM Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak? my advice is ..be in Dato’ Seri Mohd Najib’s shoe please.
Jgn sokong Tun .. stail interview sudah begitulahhh.
2.11 ada apa apa soalan yg anda hendak kami jelaskan di sini?
2.12 buku akademik terakhir yg telah anda baca ..mengapa buku itu menarik perhatian tuan ? kalau love story ; korea story tak yah cerita lah … maluuuu kot/
** tempoh interview 20 -30 minit sahaja/
Jika kurang dari itu contohnya .. 5 minit sahaja ..mungkin pemakaian anda untuk sesi interview ini tidak tepat/ sesuai .. cuba lagi tahun tahun hadapan.
Sekian. saya masih kuat batuk …
O yes .. hadhirlah interview ini dengan cara terbaik .. jgn fikir tahun depan ..dapat lagi kerana sekarang .. bilangan orang memohon interview begini begini semakin ramai .. please?
Wallahu aklam bis sawabbb. Al Fatihah.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/06/sedikit-panduan-menghadhiri-interview.html