Sejarah mengajar kita


Update terakhir:

Salam

Tadi sewaktu saya memandu, terdengar satu lagu ‘Sejarah Mengajar Kita .."   Entah siapa penyanyinya.  M-Sharif ker?  Mungkin suara penyanyi tahun 1980’an.  Rangkap-rangkap lagu tersebut cukup mengamit memori maklumlah manusia sejak Nabi Adam a,s tidak dapat dipisahkan dari catatan sejarah.

Dalam masa memandu itu, saya memikir dan membuat sedikit refleksi/imbasan ..sejarah hidup kita sebagai seorang pelajar di SRK, SM, matrikulasi di luar negara , universiti dan seterusnya alam pekerjaan,  perkhawinan dan liku-liku hidup membesarkan anak-anak amanah tuhan.  Sekali-kali fikir seronok juga ..kita mengenali ramai guru-guru yang hebat dan kawan-kawan dari pelbagai lapisan masyarakat.  Ada anak polis, askar, pegawai daerah, doktor, guru,ustazah, berniaga , bekerja kampung dan bisnessman jual intan Afrika Selatan.  Tetapi antara banyak-banyak persahabatan ..saya susah nak lupa seorang kawan saya bernama Asif Jawaid(rakyat Islamabad, pakistan)  di Stamford Hills, London.  Setiap malam sebelum tidur teringat dia ketawa ..sambil memasak kari pakistan untuk kami sama sama makan di waktu malam.

Saya menumpang biliknya di situ.  Tidak perlu bayar apa apa sewa setiap bulan.  Ada 2 orang lagi sahabat-sahabatnya berbangsa Pakistan iaitu Majer Khawaja  Abd Hamid, Mejer Munir dan .. aghh .. mereka study dengan menyonteng penyelesaian matematik kejuruteraan di atas kertas-kertas akhbar dan kertas output komputer Honeywell sahaja.  Mereka  sedang belajar Masters Naval Architecture, Mechanical Engineering Faculty, di Queen Mary Universiti ,London.  Mereka dah tahun akhir dan mereka sibuk menjalankan kajian (projek) kerujuteraan pada masa itu sedangkan saya  berjinak-jinak dengan subjek perakaunan ACCA di Kolej Emille Woolfe, Oxford Street, London.

Payah nak faham nota-nota perakauanan dan undang-undang ‘torts dan civil’ maklumlah ..saya adalah bekas pelajar jurusan sains sedangkan biasiswa adalah ACCA.  Kesukaran ini adalah kerana saya tidak mempunyai kawan untuk berbincang apa-apa mengenai pelajaran.  Sahabat-sahabat lain dalam rumah sewa ini bercakap urdu dan kami tinggal di loteng tingkat atas sekali. Makan minum semua disediakan oleh sahabat pakistan berpangkat mejer dari Akademi Tentera Laut Pakistan.   Aku cepat tidur setiap malam maklumlah ..bilik kami tidak ada tv dan tidak ada radio. aku nak Studi pun payah ..kerana sahabat-sahabat perakauanan yang lain(seangkatan) berada di Luton.  Tetapi saya suka bangun awal untuk mengejar bas dan underground train di Finsbury Park dan terus ke Tottenham  Court Road London.   Yes, kolej saya terletak betul-betul di pusat kotaraya London.  Pengalaman bersesak-sesak dengan mat salleh/ minah negro/ atuk jawa/ nenek mexicans banyak memberi saya kesedaran .. untuk ilmu ..kita sanggup begini setiap pagi dan ptg.

Di sini pun belajar agak susah kerana pelajar-pelajarnya ramai ex-ITM Kuala Lumpur dan mereka agak berumur dibandingkan dengan saya.  Nak tahu?  mereka  sedang resit papers accounting .. law..auditing.. data processing ACCA .. berkali-kali rupanya.  Tengok mereka punya cara soal jawab dengan pensyarah Mat Salleh dan Minah Salleh di kolej ini ,  aku agak  mereka ini semua lebih pakar dari lecturers maklumlah dah 5 - 6 kali resit papers.  Saya?  itulah sejarah mengajar saya.

Saya pun tak faham mengapa saya memilih kolej profesional begini in the first place.  Prestasi belajar saya ..kebanyakan subjek adalah 80% ke atas kecuali Statistik yang mana saya teramat suka skor subjek ini.  Mengikut kawan-kawan senior (budak repeaters) depa bilang 1-2-3-4  .. dia kata ..ACCA exam .. badan dunia perakauanan memberi kelulusan mengikut kouta setiap tahun.  Katakan dia nak hanya top 100 students seluruh dunia boleh lulus .. maka besar kemungkinan  markah peperiksaan mana -mana subjek perakauan seperti Management Accounting ..markah lulus adalah 98%.  Bayangkan hampir 100% markah untuk lulus sahaja.

Mendengar angka begitu .. kecut perut saya kerana sehingga kini ..markah papers saya purata hanya 85% sahaja.  Mengikut ACCA aku sure akan fail punya.  Fikir punya fikir .. aku tak nak membazirkan umurku di sini.  Lebih baik saya mengikuti pengajian ijazah sains komputer sahaja.  Dari track rekod, MSD London .. pegawainya cukup marah kepada saya ..kerana saya nak switch degree dari professional ACCA kepada BSc Sains KOmputer di Leeds.  Banyak masa terbuang untuk mendapat surat restu dari kerajaan.  Aku bukan pelajar gagal ..  selalu nya orang gagal berkali-kalli baru nak cuba try tukar kursus - tetapi ini tidak bu..  pelajar 85% ke atas nak quit belajar accounting professionals.. Mendengar alasan dari saya yang agak konkrit ..
pihak kerajaan mengizinkan saya juga untuk belajar sains komputer di Leeds bukan di London lagi.

Oleh yang demikian, saya telah kerugian 1 tahun pengajian.  Aghh ruginya saya.  tidak ada wang riinggit dan emas bertongkol-tongkol dapat membayar balik masa 1 tahun terbuang begitu sahaja ini…
tetapi ..bila singkap balik sejarah hidup saya ..  bila saya sudah melakukan solat sunat hajat ‘istikharah’  memohon petunjuk dari Allah ..dan saya redha apa yang sedang/ akan berlaku ..  saya rasa tidaklah teruk sangat hidupku ini jika dibandingkan dengan rakan-rakan saya di Luton, Birmingham dan Sheffield yang terus pengajian mereka dengan perakauanan dari 1978 - 1980.  Sekurang-kurangnya saya pulang ke tanah air dengan ijazah dan masters dalam komputer sains dan pendidikan.  Kawan-kawan ku yang lain ..ramai yang pulang ..tidak complete pengajian mereka dalam bidang perakaunan pun.  Tetapi ada antara mereka menjadi remiszer saham yg berjaya, akauntan bank yang unggul , pegawai bank yang committed  ..dan saya seorang guru .. KPM.  .  aghh inilah dipanggil satu kehidupan yang berwarna-warni.  jangan kesal dengan liku-liku hidup ini.  Sekurang-kurangnya aku masih bernyawa di bulan ramadhan yg mulia ini.

Rumusan ceritalah:  tuhan memberikan kita akal untuk berfikir dan seterusnya membuat keputusan dengan bersandarkan kepada sifat tawakal kpd Allah yang Maha Esa.   Pelajar-pelajar ex-ITM memang mempunyai hati dan jiwa yang jitu ..  nak belajar accounting dalam apa keadaan pun walaupun ..body ACCA memang meletakkan markah lulus 95% ke atas sahaja.  Ada yang quit belajar kerana kandas acca - dan khawin dengan rakyat British ..  dan membuka kedai makan halal, bisnes import-export, bisnes intan berlian, perabut antik  di London dan Manchester, bisnes tiket kapalterbang  ..dan saya dengar ..mereka sudah menetap di sana seumur hidup.  Ada dikurniakan dengan isteri bermata biru kehijuaan macam Princess Monaco dan …

Dari satu segi , nampak cukup glamour kehidupan mereka ..tetapi bagi saya .. sejarah mengajar saya untuk terus berbakti kepada negara , bangsa dan agama sehingga ke akhir hayat nanti dalam apa keadaan sekali pun . Berkhidmat sebagai guru matematik.  ha..ha..ha.. pernah terbaca satu morel sekolah SM Kuala Balah, ulu kelantan  berbunyi begini ‘.. jika aku rumput , biarlah aku rumput terbaik untuk makanan kuda, jika aku dahan, biarlah aku dahan yang tegap untuk sang monyet meniti-nitti mencari makan .."   Jika Asif Jawaid ada membaca blog ini ..  saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mu  kerana memberi saya layan ikram terbaik dan kesedaran ..betapa susahnya belajar di luar negara dan hidup sebagai seorang mukmin dengan menjalankan usaha fikir iman dan deen - tabligh ke seluruh dunia.  Dari pengalaman hidup dengan mejor major askar laut pakistan selama setahun di London..sekurang-kurangnya dengan izin Allah .. saya mula melihat dunia  dengan kaca mata ..  anak dagang dari dunia barat tetapi masih terdaya untuk berfikir pasal agama.  TQ so much brother Asif.  May God gives us hidayah and taufiq.  Ameen.  Halalkan makan minum saya yang terdiri dari shiik kebab, cepati, tandoori, roti nann, sweets Anbala, tikka. dan teh urdu sebut  ‘duuuuuuuuuut’  he..he.. Allah Maha Kaya.  p/s:  Brother Asif Jawaid pernah datang ke rumah mak saya di Kpg Kubur Kuda, Kota Bharu 1986 dan famili saya ada menginap 4 malam di rumahnya di Birmingham 1994.  See our friendships?  tak kenal bangsa aku boleh berkawan.  just islammm/ usaha tabligh.  muga-muga kita mati dalam keadaan Allah redha kpd kita . amin ya robal alamiin

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/07/sejarah-mengajar-kita.html