sejenak di klinik
Salam
Sakit lawannya sihat.
Bila sakit barulah manusia ini mula menghargai nikmat sihatnya selama ini.
Bila sakiit banyak benda tak boleh dijalankan seperti memandu dari rumah ke opis, rumah ke sekolah dan macam macam lagi.
Ada sakit itu berjenis ringan dan ada yang berat dan melarat. Menyusahkan semua orang. Kasihan.
- Yang ringan adalah seperti berikut:
demam panas, batuk, sakit perut (cirittttt birit), sembelit , muka bengkak kerana jerawat batu, pening kepala, tak selera makan dan rasa tak sedap badan jerrr
dan sakit yang berat dan melarat adalah seperti .. demam denggi, HIV, muntah muntah keracunan makanan, batuk disebabkan paru paru berair dan mcm mcm
- Hari ini saya ke klinik. Sakitlah perut .. tak leh tidur 2 malam sudah …
dalam keadaan sakit tetapi menunggu giliran dipanggil
ternampaklah oleh aku .. seorang amoi ( cina muda) baru memasuki lobi Klinik Aman ini seorang diri (tidak berteman).. ooops
Saya perhatikan .. kasutnya tinggi sebelah,
dia nak angkat kakinya pun susah .. berjalan slow slow macam robot. Berat badan amoi ini mungkin 4 kali ganda aku ..makan apa lah dio ni…
dlm pemerhatian itu, terfikir juga ..susah amoi ini;
dia seorang pekerja kilang ..nampaknya
kasut sudah lah tinggi sebelah .. besar pulak tu; tebal tapak kasutnya. Tak ada kat kedai BATA ni. Aku pasti 200%
Dalam pergerakannya berdiri, berjalan dan duduk bangun dari kerusi klinik aman ini
rasa rasa susah jer dia ini tetapi ..amoi ini fasih berbahasa inggeris dan bahasa melayu. Sekejap dia beri arahan, sekejap dia terima arahan .. yg seronok dia asyik ketawa dgn mereka dalam hand set dia lah ..pasal M.C. Bila dio ketawa .. aku suka jugak .. telatah amoi ini.
terfikirlah oleh aku ..seorang diri ..
banyak sungguh nikmat tuhan kepada kita semua terutamanya aku ini. Sakit pun boleh memandu ligat lagi sana sini ..
Kita tak sedor kot?
Tak terbayar .. kos organ organ, alat penting untuk pergerakan kaki tangan kita pergi dan balik dari satu satu destinasi (pekerjaan). Hasil semua organ pinjaman Allah inilah kita membesarkan anak anak di rumah dari mereka berumur 1 hari sampailah sekarang mereka semua sudah besar dan tahu jalan sendiri sendiri seluruh negara.
Besar nikmat Allah pada kita sebenarnya.
Bila sakit .. baru nampak ikhsan Allah pada kita.
Bagus jugak aku tak bawak handset hari ini. Boriing alat moden ini ..nak bisnes dalam tandas pun susah ..ada saja orang tanya ..kau kat mana ? gilor!
He..he..he.. akhir akhirnya aku pecat semua bateri dan campak dlm kabinet opis jer sekejap tadi sebelum datang ke klinik. Padan muko boss.
Tunggu aku sihat ..aku ambik baliklah handset itu. Sorry aku sakit ..
- Tanda orang bersyukur ialah : mereka taat kepada semua perintah Pencipta Agungnya.
taat ..ikut semua arahannya dan menjauhi semua jenis maksiat .. menipu, rasuah, korupsi, ampu, jettt, memonteng kuliah, memonteng kerja, .. dan 1001 jenis maksiat yg lain.
Tanda orang taat Allah ialah mereka ikut ajaran Junjuungan Besar Nabinya Muhammad s.a.w. seperti solat 5 waktu, Quraan baca bacalah sedikit sebanyak, muamalat biar bagus sesama insan yg lain, menderma kpd musafir dari Bangladesh ker, Myanmar, Thailand, Nigeria, Uganda, Indonesia dan ..ughssss banyak lagi negara ..
fakir miskin pergi rumah melayu satu demi satu kat kampung akulah di Kelantan Darul Naim.
Semalam ..ayat keramat dari isteri .. orang begini you patut tolong. Mereka lapar tau? tengok tu ..anak kecil lagi didukungnya ..tak kasihan you? dalam panas .. anak menangis ..
kasi duit kat masjid .. entah apa mereka buat ..mencantikkan pagar masjid, cat dinding masjid, beli pasu bunga besar-besar , tukar tiles … tandas tak berseh berseh jugak (dia marah youuuu)
he..he..he..
Sekian. Perut sakit lagi ni. Nak amik MC kor cikgu? jam sudah 0300 ptg dah.
Permisi bu.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/04/sejenak-di-klinik-aman.html