Sekadar berkongsi tips cari jodoh
Salam.
Yesterday ada seorang pelajar lama saya bertanyakkan tentang perkara / tajuk di atas. Aghh.. saya bukan expert dalam bidang mencari jodoh tetapi .. saya cuba ini insyallah.
-
suka bersedekah - senyum itu sedekah. Beri orang miskin makan itu pun sedekah. Tolong orang susah betul-betul pun sedekah. Bila kita mempunyai sedikit sifat dermawan dalam konteks wang, tenaga keringat dan lain-lain .. insyallah Allah Taala akan tolong kita .. termasuk dalam mendapatkan jodoh terbaik untuk kita.
-
bergaul dengan baik terutama dengan ibu bapa kita sendiri. Selalunya budak-budak ni ..tersangatlah baik dengan rakan rakan sekolah, tempat kerjanya sahaja. Dengan org cina dia baik, org india dia sangat baik, org Yahudi, Nasoro pun teramatlah baik .. kecuali dengan ibu ayahnya sendiri/ saudara maranya sendiri. Tak percaya? tengok musim hari raya. Klaau ada sanak saudar adatng berkunjung ke rumah, tak ramai anak anak kita yang mahu keluar berjumpa dan bersembang-sembang dgn sanak saudara. Sekadar bersalam salaman selama 5 minit dan terus masuk bilik, pasang BROADBAND, FB dan lain-lain lagi. Tengok .. mana ada feelings itu semua. Jika mak ngah kita happy, pak long kita happy, mak ayah kita happy , insyallah ada lah jodoh satu hari nanti untuk kita. Yang penting, .., syifu di UTHM , jangan lupa ..belanjalah sikit jika berada di sekitar Batu Pahat ini. (laugh). Saya suka sangat makan tandoori. Limau sinkist dan bauh anggur tau?
Apa ada dalam good feelings di kalangan sanak saudara mengenai diri kita yag sudah 26 tahun ke atas ini ( anak dara, graduate UTHM, sedang buat masters dan PhD di bawah tajaan UTHM ..he..he..) . Jawapn nya senang .. mereka akan bawak nama anda ke mana mana ..cerita tentang anda yg baik baik .. recommend nama mu sebagai calon isteri kepada seorang PTD, PTA, staff FSKTM, staff UTHM , staf MBBP dan lain-lain. Bila kita direcommend lambat laun kita akan berjumpa dgn jodoh terbaik dgn diri kita. Insyallah.
Allah Maha Adil. Jika kita berbaik baik muka dengan ibu ayah, sanak saudaram, teman taulan, dan .. macam-macam org lagi ..insyallah Allah akan memberi jodoh kepada anda.
Percayalah.
- Belajar cakap elok-elok. Bersopanlah sikit. Pandai bercakap ni dgn org tua dan dgn bakal hero pun penting. Pandai cakap ‘NO’ pun tersangatlah penting terutama jika hero itu ingin explore diri kita over dan over (laugh). jgn tertipu dengan pujuk rayu si hero yang mungkin .. bedebah betul YA?
Orang tua suka .. cara kita bercakap dgn sopan. Ini kita boleh belajar sejak zaman azali kita lagi atau ..kita belajar pura-pura. tak apa pura-pura ini ..asalkan burung itu masuk dalam sangkar kita. (laugh). Percayalah. Skill bercakap dgn baik, sopan, berhemah .. bukan datang sehari semalam sahaja. Kita mesti bergaul dgn org org yg sesuai. Elakkan dari bergaul dgn kawan-kawan yg terlampau happy/ cakap tak ada boundary/ cakap merapu-rapu dan ..macam-macam lagi. Belajar bercakap.
- Belajar memasak. Biar kita ada skill memasak sekurang-kurang nya 7 jenis lauk biasa dan istemewa. Tima hero dan ibu bapa nya datang ke rumah .. masaklah ..satu masakan istemewa. Biar mereka rasa .. masakan mu itu. Jangan masak sardin dah lah. Keluarkan maggi perasa tom yam? jangan jangan jangan. Cuba try ..masak meehun sup ker plus .. urat keting kambing, sup kambing like that lah. Sure bakal pak mertua happy teramat sangat .. bakal menantu pandai masak suup kambing muda. He..he.. Orang tua lelaki memang suka makan sup kambing ni. Why? tanyalah mereka jika kau berani. Laugh.
Org tua ada berpesan pada ku zaman dahulu kala - masakan pompuan kita adalh kunci rumah tangga kita juga. Ekonomi pun ok .. murah sedikit lah bila pandai memasak itu dan ini .. beryani gam ker/ sup perut lembu muda ker/ kerabu daging .. masak nasi dagang .. nasi lemak , petai, timun batang, dan lain-lain. Sure ..time marah marah suami .. dia sayang nak tinggalkan kau .. for ever dan ever - BERCERAI - kerana kau pandai memasak sup kambing itu. Try.
- bagus jika kita amalkan solat sunat dhuha. Penarik rezeki Allah. Nak kaya kita perlu Allah berikan laluan dan cara. Nak cari jodoh yg baik dan mak mertua best best pun datangnya dari Allah jua. SEmbahyang sunat ni ..dari jam 0800 - 1100 pagi jer . Buat every saturday - sunday. Insyalah dapat buatnya. dalam doa solat dhuha berbunyi ‘.. jika rezeki ku jauh dekatkan dia/ jika rezki ku dekat permudahkan dia.. jika hero tamil tu sesuai untuk ku Ya Allah .. segerakan lah untuk aku jua .. dan biarkan aku redhan dengan kulit sehitam itu .. (laugh) ..’ begitulah .. lagunya ..doa solat dhuha. Cubalah. Insyallah berjaya. Saya buat semua ini .. saya mintak semua yg terkandung di dalam otak dan sanubari ku sepanjang masa. U can also use these words ‘.. Ya Allah ..jika kau permudahkan jodoh aku dengan nya pun ..tak luak pun khazanah mu itu Ya Allah..ENGKAU Maha Kaya.. ya allah “.
Sekianlah. Tak leh banyak banyak. saya ada 2 org anak dara lagi belum khawin. Sebagai ayah , saya selalu berdoa untuk mereka .. Y aAllah dapat kanlah jodoh terbaik untu anak-anak ku .. supaya suami mereka dapat membawa anak-anak ku ke syurga Firdaus .. bukan ke neraka jahanam. A u zu billah min zalik. Aku dah pelihara dan didik mereka dengan baik sepanjang hayat mereka. Aku sanggup berlapar, sanggup memandu kereta kelas rendah .. simpan duit sikit ..dan tidak memandu BMW, MERX .. semata mata menyimpan wang menyekolahkan anak-anak ke sekolah agama islam, amalan agama, solat 5 waktu, baca quraan sampai katammm, dan , belajar macam-macam untu kebaikan dunia dan akhirat mereka ..sepanjang hayat aku. May Allah protects us .. from all calamities including .. putting crazy man near towards my girls.. my daughters .. put him away and away .. jauh jauh Ya Allah jika dia tak mampu membawa anak anaku ku ke syurga mu. Ameen. Engkau Maha Kuasa. Aku hanya dapat bertawakal pada mu Ya Allah.
wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/11/sekadar-berkongsi-tips-cari-jodoh.html