Sekadar berkongsi tips penting


Update terakhir:

Salam

Ada 5 tips khas untuk bulan puasa.  Hadiah dari saya. Kita sama sama buat ..please?

  1.  Banyakkan salawat kpd Baginda Rasulullah s.a.w.

Satu salawat, tuhan hantar 10 salawat kpd kita.
Selawat = blessings/  rahmat dari Allah.  Bila rahmat banyak ..muka kita nampak tenang .. tak kalut macam orang gila.

  1.  Bila memandu , bacalah Al quraan secara hafalan.
    Boleh mintak isteri/ suami/ anak anak dari Kolej Islam Kelang tegur-tegurkan jika ada yg silap.

Tak mahu baca Al Quraan,  cuba baca doa doa seperti Doa Qunut.  Doa Iftitah.
Manalah tahu ..ada yg tak betul 100% lagi pun kita melayu sabah ( mualaf)  sedangkan doa doa ini dalam bahasa arab.

  1.  Tolong isteri.
    Jika dia sarat mengandung, bantulah dia.
    Bagaimana?  Suami kena masak, panaskan lauk semalam bila bersahur begini.

Paling simple, tolong basuh semua pinggan mangkuk dlm sinki  itu.

Simple?
Boleh tambat kasih sayang.

  1. Zaman sekarang semua teknologi.
    Calling calling pada ibu bapa itu.

Paling best .. mak ..cukup tak duit tu?
Saya tambahkan  yerr.

He he he.

Tak payah tanya ..soalan bodoh.

Contoh?
Mak makan apa?
Kalau di kampung, mana ada burger, hot dog, cold cat pulak.
Simpan tenaga ..bacalah Al Quraan.

Abah ..  nak mintak tolong ..belikan tiket bas express  dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur 3 hari raya pertama itu..boleh abah?
Kita short sem lah.  Entahlah ..UIA nii.. ingat bas ekspress mak bapak kita punya.
Senang senang jer ..design short sem pada 20 June  dan selepas raya ..kita sambung pulak short sem raya ke 3 / ke 4//  kenapa tak buat short sem pada hari raya itu sendiri.  Bukankah itu lebih senang?

  1.  Berlumba lumba buat kebajikan.
    Orang kaya, mereka sponsor makanan berbuka puasa sepanjang Ramadhan.
    Orang kaya sponsor imam tua dan siteri  mudanya  ke mekah madinah buat umrah - bulan puasa serba mubarak ini.

Kita?
Jangan runsing.
Nah..ini dia.

5.1  tolong bersihkan tandas masjid. Boleh?
5.2  tolong penuhkan kolah masjid dengan air. Senang orang ambil wudhu atau basuh kaki kaki ayam mereka.
5.3  cakap elok elok.
Senyum jangan lupa.
5.4  beristifar banyak banyak sambil sambil susun selipar dan kasut di tangga surau dan masjid.  Boleh?

Sekian.  Kita sama sama buat ok?  Fikir elok elok yerrr..
Wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/06/tips-penting.html