sekembali dari berjuang ..


Update terakhir:

Salam

Seingat sayalah,
Kalau kursus 5 hari di luar kawasan
Selepas berkursus
Pegawai akan pulang ke rumahnya. Syukurlah.  Sudah tamat program kursus ini.

Senang hati.  Boleh tarik nafas lega.

Seorang askar setelah berjuang ala kombat dalam hutan belantara
Dia akan pulang juga ke pangkuan anak isteri.  Semua orang gembira terutama si ibu. Tanda gembira ialah masakan istimewa siap terhidang sekali dgn anggur, sunkist dan buah tamar Saudi.  Anak anak berumur 5 tahun ke bawah riuh rendah bermain guli di tanah.

Sudah menjadi kelaziman
Yang pergi ke mana mana
Mereka akan kembali ke tempat asal usulnya

Kecuali mati..

Dia tak akan kembali lagi.
orang buat phd 3,4,5  tahun di Amerika pun seorang diri
bila tamat pengajian
dia akan pulang ke pangkuan organisasi dan semua yg tersayang.

Senang.
Habis cerita.
Bukan susah.
Ada permulaan
Dan ada ending.

Harap harap bila pulang
Jangan ada benda benda gila berlaku di rumah.

Contoh benda benda gila adalah seperti berikut:

Isteri pula pergi kursus di Kuala Lumpur selama 5 hari. Maklumlah isteri matron , suami  pensyarah universiti.  Asyik berkursus sahaja di luar kawasan.  Kasihan.  Selalu berselisih bayang bayang pemain utama.  Bayang bayangan setiap pelakon tak pernah bertembung walaupun sekejap. Yang nampak hanya selipar merah isteri sahaja di tangga rumah.  He he he.

anak sakit dalam ward di Gombak. SOS tak henti henti.

Mertua sawan babi.

Along silih datang berkunjung

Tanya hutang bila mahu settle dan mcm mcm lagi kes extend dapur dan tandas.  Aduhai.

Bagi  aku ni,
Harap semua aman dan selesa di rumahku, bila aku pulang berdakwah di kawasan orang asli.
Allah tempat kita berteduh.
Dari payah jadi selesa dan aman.  Lagi pun hujan sudah turun sejak semalam.  Semua tanah tanih sejuk.  Hujan rahmat.  Tanda .. penghuni langit turut bergembira.  Mungkin?

Susah hati untuk apa yer  pak?  Allah jaga semua benda semenjak ketiadaan kita.  Kuching semakin gemuk. Ibu kambing yang ada tu baru beranak di bawah pohonan pisang belakang rumahku.  Merah merah berlendir lagi si anak kambing.  Siapa penjaga ini semua?

jawapannya  ialah Allah Robbul  Izzat. Ingat tu? Allah Maha Kuasa.  Yang Allah mahu dari kita ialah .. adakah kau menjalankan tugas atau tidak?  Berdakwah ke seluruh dunia di waktu kaya dan susah.

sekian.

Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/02/sekembali-dari-berjuang.html