Selamat Hari GURU/ Cikgu
salam Today is a teachers day. I have 10,000 students ..so far. But today .. i got less than 20 wishes. Happy Teachers Day from my ex-students. So thrilling and happy .. my smile/ grins goes from right to left! That is good .. really? At least u got a wish. (laugh). 2) Sempena hari guru .. nak ucapkan selamat hari guru kat guru guru saya yg sudah berumur. If saya dah berumur 55 tahun ..my gurus ..mesti dah berumur 70 - 120 tahun. Selamat Hari Guru cikgu, ustaz, ustazah, profesor dan macam macam. Dari Malaysia , England dan USA. Tak ada duit nak bayar jasa cikgu semua. Dari cik gu lah ..aku jadi pandai … pi belajar ke seberang laut , kahwin dan bawak bini aku ke seberang laut, dapat anak anak di seberang laut .. rezeki org kata. TQ so much cikgu. Tak sangka betul rezeki kami cikgu. Bila datang hari ini ..teringat masa belajar dahulu .. selalu kena tampar ..jika tak hafal surah itu dan ini, terlupa rangkap rangkap pantun 4 kerat .. nasib baik tak gugur gigi aku cikgu. If gugur .. gigi itu ,,, rasa rasa payah nak jadi guru KPM/ KPTM dan lecturer kot. tapi tak apa .. saya redha dgn tamparan itu dari Mr Hector John. Mr Peter Yip, Mr Liew geduk gedek, Mr Ong Kok Lye (TMS, Besut), Mr Mano (STAR, IPOH) ..dan ramai lagi guru guru Mr. Lax(Grantham) .. dulu sakit hati jugak tetapi ..now .. ok dah .. kerana ada kesan ..tiba tiba ..otak jadi geliga automatik.. sekarang ..tak leh buat gitu dah cikgu. Parents akan bomb cikgu dan kereta cikgu sekali gus. Nama cikgu akan jadi kenang-kenangan. urat urat saraf badan cikgu akan melekat kat pokok dan dahan tembesu cikgu. jangan main main cikgu. Lagi pun badan budak zaman la ni ..besar ..kerana ayam , itik, angsa, telur, telur masin pun semua mega size cikgu. Penuh zat/ Silap silap mereka bunuh kita cikgu. 3) Menteri pun satu hal jugak. Sekejap dia puji jasa kita ..sekejap dia kata .. kita org tak layak mengajar bahasa inggeris. Ingat dia terror sangat kah ..BI itu?/ cuba cakap sikit ..depan kami semua warga guru di Malaysia ini. Sure ada .. ayat ayat dio yg berbau Besut/ Busuk ikan berbudu tu. ha..ha.. Kalau aku jadi menteri .. aku akan puji guru guru ini ..kerana walaupun mereka bukan mat salleh original..mereka buat yg terbaik dah. Walaupun mereka tak makan cheese .. tetapi jika ambik gambar FB .. perkataan pertama mereka sebut is CHEESE. he..he.. Pujilah banyak banyak guru guru BI di luar bandar ini..terutama dari pasir akar, bukit puteri, kpg lak loh, kpg gaal, pasir puteh, semerak, besut ..mereka mengajar habis habis baik dah. What more you want ..Mr Minister? Rasa rasa cukup lah ..setakat ini .. ucapkan terima kasih cikgu ..jika jumpa mereka one by one. Belilah pisang goreng (nangka ..plz) .. hadiahkan kat cikgu cikgu mu. payah ker? sekian. wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/05/selamat-hari-guru-cikgu.html