Selamat Pagi Rakyat Malaysia kita
Salam
Apa khabar rakyat kita?
Sihat. Baguslah gitu. Syukur alhamdulilah.
- Maaf kerana menulis dari kacamata seorang pegawai kerajaan. Hendak kata saya pro BN ..hanya tuhan sahajalah yang tahu. Hendak kata saya kawan parti pembangkang .. sila semak parti mana saya asyik pangkah selama ini sejak PRU 8,9,10,11, 12 dan 13. He..he..
Saya masih berkhidmat dengan kerajaanlah. Oleh itu , strategi terbaik ialah menulis sesuatu yg menyokong dasar kerajaan. Payah nak tulis sesuatu yang tidak sesuai dengan kehendak kerajaan kerana komputer notebook ini pun adalah kepunyaan kerajaan. Naik kapalterbang pakai tiket kerajaan dan malam ini saya ke Mid Valley Kumpur pun pakai kenderaan kerajaan berikan / macam macam tuntutan dibuat adalah kerana kita berkhidmat di bawah kerajaan. Ini semua nikmat tuhan .. kita kerja untuk rakyat , agama, bangsa dan negara. Subhanallah!
- Tetapi saudara saudari yg saya hormati sekalian , bila saudara / saudari merupakan seorang pelajar tajaan kerajaan sama ada di dalam negara atau di luar sana (beribu ribu KM) eloklah kita menulis sesuatu yg mana majikan kita sentiasa melihat / memandang/ dan menerima kita sebagai seorang pegawai kerajaan yg taat setia siang dan malam. Jika tidak , susah kita tau sejurus tamat pengajian, apatah lagi kita tewas dalam dunia pengajian, penulisan tesis Ph.D , penerbitan dan lain-lain “P” yg sedang kita pikul sebagai ahli akademik?
4) Dalam proses menulis tesis cubalah menulis sesuatu dari perspektif positif. Cuba tulis 5 ayat dari pandangan yang baik seperti bagaimana kerajaan terpaksa mengambil keputusan menaikkan harga minyak petrol 20 sen / liter pada 3 September 2013. Selepas itu tulislah 2 atau 3 ayat dari perspektif negatif pula. Huraikan setiap fakta tersebut. Ingat kita kena sediakan rujukan demi rujukan. Kalau kita menulis sesuatu dari sudut positif, jiwa dan hati kita merasa cukup tenang sahaja tetapi hati dan darah muda kita mula berkocak bila kita mula memberi pandangan negatif kerana bukan senang mencari fakta fakta untuk menyokong kita. Cuba kita tengok statistik pesakit di Hospital Universiti contohnya USM Kubang Kerian atau Hospital UKM. Mana lebih ramai pegawai yang anti kerajaan dengan mereka yang pro kerajaan yang mengalami penyakit kronik seperti hypertension atau barah tahap 4. Bagus bukan ..ada orang buat research pasal ini semua. Buatlah penyelidikan ini - mana tahu saya akan dilantik menjadi pemeriksa luar pula satu hari nanti.
Bagi saya , dari pengalaman saya sebagai staf kerajaan jika kita melawan cakap bos, memang kita ramai kawan kawan di opis, di kantiin sekolah , politeknik dan universiti di periingkat awal awal proses lawan kerajaan itu ..kerana mereka anggap kita seorang pendekar .. tetapi sokongan mereka tidak bertahan lama. Bila mereka diberi kenaikan pangkat dan mula menjawat post KJ, TD dan Dekan/ Pengarah/ Pengetua SBP .. tiba-tiba mereka mula memakai topi pro-kerajaan pula. Tengok? Susah bukan. Misai dan janggut telah dicukur sebegitu licin dan wajah tua mereka tiba tiba kelihatan muda macam …………….. (isikan petak kosong ini).
Kita dididik untuk berperanan berlakon mengikut skrip pro-kerajaan. Sejak dahulu kita bersekolah asrama penuh sampailah kita tiba-tiba mati di panah petir , terkena kejutan letrik atau serangan jantung. ; kita diminta berlakon ala pro-kerajaan. Orang bermuka ‘pandai pandai jaga diri inilah’ / beginilah yang selalu berada dalam keadaan sihat sejahtera di mana mana jua.Insyallah.
Cuba tengok Hang Jebat .. mukanya 1 dimensi sahaja .. iaitu asyik lawan raja jer . kesannya .. perutnya terburai ditikam oleh sahabat terbaiknya sendiri. Mati dia tuan hamba. Kasihan arwah Nordin Ahmad .. yg berlakon sebagai pendekar Hang Jebat , bukan setakat dia mati di peringkat umur yang muda sahaja tetapi .. namanya mula dilupakan oleh orang Melaka itu sendiri. Mana ada Perigi Hang Jebat? Yang ada Perigi Hang Tuah, Hang Li Po. Begitulah sejarah ..tuan hamba.
Rumusan cerita .. jom kita sokong kerajaan kita secara pelan pelan atau laju laju pun tak apa.
Bila semua kos mahal, pandai pandailah kita menjaga diri. Ikut stail Halim Yazid (Dikir Barat) ingat kat Pesan Ibunya sokmo sokmo..
pandai pandai menjaga diri.
Kalau ada orang menkhainati kita, cepat cepatlah kita lari.
Kalau kita selalu berhutang, hidup kita tak kan senang .
Dulu jika mu pakai BMW, AUDI .. bila kos minyak mulai tinggi .. tak salah kita drive KELISA warna merah nyalor .. masuk parker pejabat kita itu. Tak salah tuan hamba. Asalkan kelisa bawak kita ke pejabat dan jangan kita pikul KELISA itu, sudahlah. Mati kita tuan.
Sekian.
Pandang positiflah gawai gawai kerajaan.
Wallahu aklam bis sawbbbb. Al Fatihah kepada arwah Hang Jebat dan/ atau org org yg ada darah Hang Jebat. Al Fatihah. Saya mohon maaf ok?
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/09/selamat-pagi-rakyat-malaysia-kita.html