Selawat dan Salam kpd Nabi Muhammad s.a.w
Salam Kita dibesarkan dengan majlis tahlil dan majlis membaca Al Quraan setiap malam. Salah satu agenda majlis tersebut ialah membaca selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Mengikut hadith .. mahfum maknanya lebih kurang .. jika kita memberi satu selawat kkpd baginda .. maka Allah Taala akan balas 10 kali rahmah, rahmat dan kasih sayang kpd kita. Oleh yg demikian jika kita memberi selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. 100 kali pada satu satu malam .. maka secara matematik . kita dah dapat 10*100 = 1000 hantaran rahmah, rahmat dan kasih sayang Allah . Insya allah. 2) Semalam saya terbaca sebuah buku kecil (sebesar tapak tangan) mengenai fadhilat selawat. Antaranya ialah: hidup kita tenang dan gembira, hidup kita jauh dari rasa gelisah dan huru hara. Di akhirat pula.. kita akan dilindungi oleh Allah Taala dari panas terik yg tak peri dasyhatnya kita terlepas dari azab di padang mahsyar dan kita melintas titian sirat sepantas kilat. Masya allah! itu baru memberi selawat kpd nabi kita. Apa kata jika kita ambik usaha yg pernah ditinggalkan oleh kekasih Allah ini? Apakah tugasnya? menyampaikan dakwah keseluruh dunia. Para-para sahabat lebih memahami islam dari kita walaupun kita adalah profesor terbilang dari UM atau UKM atau Saudi Arabia sekali pun. Mengapa? kerana mereka hidup bersama sama Nabi Muhammad s.a.w tersebut 1500 tahun yg lampau. Sedangkan kita ( walaupun dinobatkan profesor islam terbilang oleh kerajaan di dunia ini) .. hanya percaya bulat bulat apa yg terkandung dlm Alquraan dan Al hadith. Al Quraan adalah kitab suci orang orang islam sedangkan hadith adalah .. nasihat nasihat baginda nabi muhammad s.a.w. Jika kita amalkan .. kedua dua ini , insyallah kita akan selamat. Para para sahabat Nabi ..walaupun mereka tak ada diploma, ijazah, sarjana, doktor falsafah .. mereka mengikuti amalan nabi seratus peratus. Oleh sebab itu .. 75% dunia mereka telah takluki dari China, ARabia dan Afrika. Oleh sebab kita kurang menjalankan kerja kerja dakwah .. kesannya ialah: banyak kes perceraian berlaku dalam rumah orang orang islam sendiri termasuk rumah tangga ustaz/ ustazah. Kita susah nak mencapai kebahagiaan kerana dalam hati kita .. kita rasa amalan amalan nabi .. sudah ketinggalan zaman. Tidak berahi .. kerana tidak ada kelah. Contoh makan bersama sama pada waktu malam (jam 0800 mlm) dalam satu talam stail org dakwah Sri Petaling. Kita lebih suka makan sendiri sendiri. Ibu makan dalam pinggan pyrex di hadapan TV di bawah dan ayah makan sendiri sendiri KFC dalam bilik study di tingkat atas atas(maklumlah rumah banglo 2 tingkat di Damansara Heights) dan ayah sibuk menyiapkan paper konferens untuk ke London bulan depan. Anak anak tak makan sama sama kerana ada anak anak tak balik balik lagi dari gymnasium angkat besi supaya badan mereka kelihatan macam badan sang TERMINATOR atau Crocodile man. Anak anak dara pun .. tak balik balik lagi dari makan malam .. walaupun jam dinding dah menunjukkan jam 100 pagi. Kita percaya .. bahawa dgn pengajian tinggi, duit banyak, kereta banyak banyak di bawah garaj, baju anika rupa dari seluruh emporium london, new york, paris ..itulah simbol kesenangan abadi. Tak leh tidur malam kerana .. anak anak dara gila kpd org org asing giginya merah (kerana makan sireh dan buah pinang). Ada anak itu gila kat mat salleh .. aduhai. Semua penyakit moden ini (darah tinggi, stroke, cancer, diabetes) semua akan hilang jika kita kembali kpd ajaran suci Nabi MUhammad s.a.w. dan amalkan dengan penuh keyakinan bahawa Allah Taala lah yg maha berkuasa bukan terminator atau CROCODILE man .. dan kita mula mula .. berselawat kpd nabi muhammad s.a.w. How to selawat? Allah hum ma soli ala muhammad …wa ala ahlihi ..sayidina muhammad (10 kali baca ..kuat kuat pun ok .. slow slow dalam hati pun ok ..punya). After selawat ..jom baca Al Quraan. My small amal (sikit sikit ) before maghrib/ after subuh Baca Al Fatihah ; then dikuti dgn 3 ayat terakhir Surah Hasyar, 10 ayat terakhir Surah Al Imran 3 ayat terakhir Surah Al Baqarah Qul Huwallah hu ahad, Qul A u zu birob bil .. falaq Qul A u zu birob bin nasss and then tadah tangan berdoa. Doa itu biar lama sedikit say 10 minit, 30 minit, 60 minit dan bersungguh sungguh hati. Mintaklah apa apa tuan hamba Ph.D ke, MIT ke, minah london ke, .. Allah Maha Mendengar dan Serba tahu yg nyata dan yg ghaib. Wallahu aklam bis sawab. Yg baik dari Allah Taala dan YG tak bagus bagus ..semua ana punya silap lah. Muga muga kita berbahagia. Ameen.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/03/selawat-nabi-muhammad-saw.html