SEmester baru sudah bermula II


Update terakhir:

Salam

Penat juga jadi ahli akademik @ pensyarah ini.  Kena buat RPP4 lah dan ..perkemaskan nota untuk maksud mengajar subjek yg diamanahkan oleh fakulti kpd diri kita ini.  Amanah adalah tuntutan agama.
Jika kita memenuhi tuntutan amanah, kita telah mengamalkan agama.  Jika tidak, kita dianggap telah ‘derhaka’ kpd agama @ tuhan semesta alam.

  1.  Dalam proses tersebut yg bagusnya, tengok balik folders dlm komputer desktop.  Mana tau .. dah ada nota nota ..boleh recycle sahaja atau edit ..sana dan sini.  Sebenarnya saya pernah mengajar stats ini di peringkat diploma / degree sejak 2002 lagi.  After 2006 ..  saya diminta ambik amanah baru mengajar Discrete Mathematics.  Begitulah lagunya.  Now ..ambil balik amanah .. mengajar Stats lagi.  My favourite subject to teach.

  2.  Strategy is :  fokus kpd projek statistik yg membawa 20% markah keseluruhan subjek statistik ini.  Jika Test1 menyumbangkan 20%, finals 40% maka projek stats akan membantu .. 20% lagi.  Jadi .. besar impak projek stats ini untuk kalian pelajar semua dalam total 80%.  Selebihnya 20% dtg dari quiz, assignments, attendance etc etc.  Mengikut pengamatan saya secara santai ..  ada segelintir pelajar .. copy, cut dan paste jer ..  usaha kawan-kawannya sempena dengan konsep 1Malaysia ini.  Konsep ini bermakna .. kerja kau, kerja aku;  markah kau , markah aku jugalah. gf kau, gf aku ker?   Why? supaya 3 bangsa dapat hidup penuh kerukunan dalam negara penuh warna dan warni ini.  Alhamdulilah.  Dulu masa aku student, tak ada dengar pun konsep keramat ini 1Malaysia, 1BRIM, 1Universiti , 1Inspirasi dan 1pangkahPRU.  Kami buat banyak kerja secara solo solo.  TEtapi jika kawan nak ..tanya ..kita tunjuk jer hasil kerja kita. Action sikit.  Copy dan paste pada masa itu adalah satu ‘dosa’ dan sangat-sangat memalukan apatah lagi jika bahan nak copy itu datangnya dari orang kafir (sebagaimana dichopkan oleh Al Quraan).  Amacam mu?

aghhh….. back to the main road now///  Ingat nak buat revision   google   type  sazali khalid, tan lai wai, tutut herawan 2011 traffic engineering in mathematics information technology  < tekan butang enter >

ada paper dlm journal behavioural sciences itu.
elsevier.

If berjaya downloaded , banyak tips untuk students saya itu dlm projek stats.

  1. Dari titik itu, kita bergeraklah.  Insya allah.

Sekian.
Wallah huaklam.  p/s:  yg baik dari Allah, yang kurang itu semua adalah kesilapan saya sendiri.  Saya terima itu.  pa leh buat?

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/02/semester-baru-sudah-bermula-ii.html